Giliran Pelaburan Buy Barrel di Semak

March 1st, 2007 by heeroes

Giliran Pelaburan Buy Barrel di Semak

SOALAN

"Mohd.Fuard Kasri" <

<!–
var prefix = ‘ma’ + ‘il’ + ‘to’;
var path = ‘hr’ + ‘ef’ + ‘=’;
var addy87998 = ‘per_7869′ + ‘@’ + ‘yahoo’ + ‘.’ + ‘com’ + ‘.’ + ‘my’;
document.write( ‘‘ );
document.write( addy87998 );
document.write( ” );
//–>
per_7869@yahoo.com.my

This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it

> wrote:

Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin.

Sekarang timbul pula satu lagi pelaburan di internet sedang ‘panas’ di utara iaitu http://www.buyebarrel.com/.
Dari pelan yang dinyatakan ia samalah dengan yang lain-lainnya. Saya
cuba mengedarkan risalah yang telah ustaz ulas.Saya kata khinzir kalau
kita tukar nama lain, ia tetap najis mughalazzah.Minta ustaz buka laman
web ini dan ulas segera, di Perlis depa tengah giat promosi. Please
reply

JAWAPAN

wa’alaikumussalam,

Saya telah buka web di atas dan membuat bacaan perlu dalam semua info yang boleh dibaca oleh public.

Bagaimanapun, saya pohon maaf
kerana tidak sempat untuk tulis panjang-panjang. dan membaca satu demi
satu tentang buy barrel. Terutamanya info lengkap tentang pelaburan ini
hanya boleh dilawati oleh ahli buy barrel sahaja.

Saya hanya nak sebut satu
point berkenaan buy barrel yang pastinya menjadikan ia syubhah. Saya
tak kata ‘haram’ kerana tidak buat kajian menyeluruh lagi dan tiada
masa untuk membuatnya. Cuma dengan kajian ringkas pun telah dapati
pelabagi masalah yang boleh menjadikan pelaburan ini antara haram dan
syubhah. Tiada yang ‘pasti’ halal. di dalamnya.

Isu Pertama : Keterlibatan Dalam Pasaran Matawang

iaitu disebutkan di webnya bahawa

Who manages the funds?
You can
rest assured that the funds are managed by a team of professionals of
high calibre and knowledgeable about current trend of the oil trading
and foreign currency trading industry.

Respond :

Cuba anda lihat apa pelaburannya ?

1. Oil trading - inshaAllah ok dari sudut hukumnya

2. Foreign Currency trading - ini bermasalah besar.

Ini kerana bagi pelabur
matawang seperti mereka, kebiasaannya mereka akan terlibat dengan
RIBA..Sebagaimana yang telah saya sebutkan beberapa cara mendapatkan
untung dari perniagaan foreign currency. telah diputuskan oleh Majlis
Fiqh Sedunia bahawa terlalu banyak instrumen haram di gunakan dalam
foreign currencies trading. Ini pasti apabila pihak buy barrel sendiri
telah mengaku mereka guna semua instrument yang ada di pasaran untuk
cipta keuntungan .

Di sebut di web mereka

"Buyebarrel
is fully dedicated to each and every of its members by ensuring their
investments are handled by diligent and highly experienced
professionals using the most high tech trading tools and mechanism
available in the market today."

Ini jelas menunjukkan ia
menggunakan semua instrument pasaran mawatang yang ada di dunia, yang
mana hampir kesmeuanya instrument tersbeut telah dibicnang oleh Majlis
Kesatuan Ulama Sedunia dan keputusannya adalah haram dengan sebab yang
pelbagai. Sila baca masalah Shariah dalam perniagaan matawang di link
ini :

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Isu Kedua : Gharar dalam Aqad Pelaburannya

Selain itu, tahap ‘gharar’
atau ‘uncertainty’ bagi jenis-jenis pelaburan ini juga amat tinggi. Ini
kerana pelaburan ini tiada mempunyai apa-apa dokumen perjanjian
pelaburan yang boleh di bawa ke mahkamah jika berlaku penipuan.

Cuba anda bayangkan, anda
hanya boleh monitor pelaburan anda di inetrnet. dan jika anda lupa
password, di jawab di FAQ Buybarrel:-

What if I have forgotten my password?
Please
send a message to our customer support on "Contact Us" page. Your
message should include your user name,nick name, email address and
identification number. Our customer service will check and contact you.

Itu sahaja?? apa akan jadi
jika mereka tidak call, bolehkah anda call mereka? no, tiada sebarang
nombor diberikan. tiada sebarang alamat. Perkara ini walaupun anda
nampak kecil, tetapi ia boleh menyebabkan orang yang melabur duit
ribu-ribu ditipu.

Apabila unsur gharar fahisyh
(besar) seperti ini wujud, maka  telah ijma seluruh ulama bahawa jenis
gharar ini menyebabkan sesebuah aqad terganggu kesohihannya atau
terbatal menurut Shariah Islam. (Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul
Muqtasid, Ibn Rusd Al-Hafid, 2/153)

Semua jenis aqad pelaburan
internet yang tiada ‘proper investment contract’ , termasuk dalam
katergori ini juga adalah Winlifund, ABB fund, Arabic Fnd dan yang
sepertinya. Ia semuanya termasuk dalam kategori gharar yang ditegah
oleh Nabi SAW.

Dalil pengharamannya adalah dari hadith Nabi SAW :

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر

Ertinya : "Nabi SAW melarang dari berjual beli dengan kewujudan Gharar" ( Riwayat Muslim, 5/3 )

Isu Ketiga : Isu Seperti Jaminan Untung

Disebut juga dalam web buy barrel

We
also provide a team of highly trained and experienced customer support
group to attend to all your queries in every aspect of your investment
promptly.
Buyebarrel gives you the assurance of a peace of mind while your money is multiply.

Sesebuah pelaburan Islam
tidak boleh memberi sebarang ‘assurance’ your money is multiply. Ia
mempunyai elemen jaminan untung yang sama seperti abb, winli, arabic
dan lain-lain. So hati-hati, akibat tiada penasihat Shariah mereka
berkata seperti ini.

demikian kajian ringkas,

terpulang kepada anda untuk
meneruskannya atau berhenti. tanya Iman, adakah ia boleh memberikan
keuntungan kepada alam barzakh dan akhirat kita sebelum tanya apa yang
duit itu boleh bagi kepada kita di dunia yang sekejap ini.

Pelru dinggat bahawa info
yang saya tulis ini adalah berdasarkan apa yang tercatat di webnya pada
tanggal 27 Feb 2007. Jawapan ini tidak lagi ‘valid’ jika terdapat
sebarang perubahan di sana.

 

Jika anda mengeluh sambil
berkata "apa ni, semuanya haram", jawapannya anda silap dan saya
sertakan sekali lagi tempat pelaburan Islam alternatif yang telah di
‘COP’ HALAL:-

a) Anda boleh buka akaun
pelaburan di mana-mana Bank Islam di Malaysia, cuba buka senarai bank
dan perbankan islam yang menawarkan tabung pelaburan Islam Mudarabah di
pautan berikut:-

http://www.iplanner.org 

atau

http://www.freeforum101.com/jordanian/viewtopic.php?t=92&sid=8cdb2b6fae7b713e3cae18b4f39271b4&mforum=jordanian 

b) Anda boleh melabur di luar negara di Tabung Pelaburan yang Menuruti Shariah di http://www.investaaa.com/ atau http://www.albaraka.com/index.htm 

c) Anda boleh membeli
saham-saham atau melabur di saham amanah islam di tawarkan oleh
mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang
menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam.
Selain itu boleh juga membeli ‘Islamic bond’ atau Sukuk’ yang diiktiraf
menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti,
untuk info lanjut sila buka:-

Adapun, untuk mengetahui cara
membeli, terpaksalah anda membuat sedikit usaha mencari nombor
syarikat-syarikat dan institusi terbabit. Dengan ini saya harap, tiada
lagi individu yang mempertikaikan tiadanya alternatif untuk pelaburan
yang memenuhi syarat-syarat Shariah. Jika anda keliru dan was-was untuk
menggunakannya walaupun ia telah di sahkan halal oleh Majlis Penasihat
SC atau Institusi-institusi yang menawarkan itu, anda bolehlah membaca
artikel saya bertajuk " Haruskah guna sesuatu dengan tanda ‘halal" atau
"islam" tanpa selidik?" atau terus buka di pautan :-

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=194&Itemid=72

sekian.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 feb 2007

EM-Pay : Pelaburan Halal Atau Haram ?

March 1st, 2007 by heeroes

EM-Pay : Pelaburan Halal Atau Haram ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/ 

SOALAN

Assalamualaikum Ustaz Zaharudin,

Sepanjang minggu ini, saya
sering kali terdengar dn sering kali juga di syorkn oleh sahabat2 saya
mengenai pelaburan EM-PAY ini..

Seperti keterangan Ustaz mengenai " Pelaburan FOREX & Swiss Cash Mutual Fund : Pandangan Shariah "..

Dikesempatan ini, saya juga
ingin mendapatkn penjelasan Ustaz mengenai "Pelaburan EMPAY" ini adakah
sah mengikut Hukum Syariah Islam ?

Harap makluman daripada Ustaz dan diakhiri dgn ucapan terima kasih

Dari,

Hana

JAWAPAN

Saya anggarkan sekitar 80
kali pertanyaan di ajukan kepada saya dalam bentuk email, sms termasuk
melalui web site saya, bertanyakan berkenaan hukum pelaburan Empay ini.
Demi membantu individu bertanya yang saya kira baik agamanya (kerana
masih memikirkan tentang halal haram dalam pendapatannya berbanding
sesetengah yang lain yang langsung tidak memperdulikan sumbernya), maka
secara keseluruhannya saya telah memperuntukkan masa sekitar 4 jam
untuk membuat kajian dan tulisan ini.

Sebelum itu, saya perlu
ingatkan bahawa saya kerap mendengar terdapat individu yang cuba
mengharuskan apa saja yang berkait dengan Riba dengan menggunakan
berhujjah menggunakan hadith :-

ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره

Ertinya : Akan datang
satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba
dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya"
(Riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, hujjah ini
tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba
terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana
perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a
(ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata
Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) - Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq
Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.

Apa itu Empay ?

EM-Pay adalah satu gabungan program loyalti EM-PAY dan IPC SHOPPING
dimana anda diberi pelbagai ganjaran dalam bentuk diskaun dan juga
over-riding komisyen dari penajaan serta perbelanjaan ahli-ahli dibawah
rangkaian anda.

Berikut beberpaa isu yang
sempat saya keluarkan, banyak lagi jika ingin diperincikan, tetapi
cukuplah saya ulas beberapa sahaja. Dengan wujud beberapa isu inipun
sudah boleh memberikan gamabar penuh tentang hukum penyertaannya.

ISU PERTAMA : MEMBELI KAD DISKAUN

Disebutkan di dalam web empay
bahawa setiap peserta akan diberikan satu kad diskaun. Ia adalah dikira
seperti produk. Ia disebut seperti berikut :-

Melalui program EM-PAY, anda akan diberi satu KAD PREVILAGE di mana anda layak mendapat :-

  • DISKAUN
    Anda
    akan diberikan diskaun sekiranya anda membuat pembelian dimana-mana
    merchant yang berdaftar dengan IPC SHOPPING. Jumlah peratusan diskaun
    bergantung pada perjanjian diantara Merchant dengan IPC SHOPPING.
    Maklumat terperinci akan dihebahkan dalam laman web EM-PAY yang bermula
    pada hari pelancaran yang akan dibuat dalam jangkamasa yang terdekat.

  • REDEMPTION POINT
    Anda
    juga layak menerima bonus over-riding dari pembelian barangan ahli-ahli
    dibawah rangkaian anda sebanyak 0.1% sehingga 10 level bermula dari
    ahli-ahli tajaan terus (Direct sponsor) anda.
     

Pandangan Shariah Tentang Kad Diskaun :

Organization of the Islamic
Conference, Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam
sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu
telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) memfatwakan bahawa:

Semua jenis kad yang menawarkan keistimewaan diskaun harga apabila digunakan di tempat-tempat dan perkhidmatan tertentu.

Hukum : Jika kad tersebut
mensyaratkan pembayaran yuran tahunan yang besar ( jika hanya sekadar
RM 12 seperti beberapa kad pasaraya, ia halal kerana ia sekadar harga
sekeping kad) dan bulanan atau apa jua yuran yang tinggi serta
berulang, maka ia adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar
yang ditegah di dalam Islam.

Ini adalah kerana apabila si
peserta meletakkan wang yurannya yang tidak dikembalikan, ia masih
tidak pasti samada berapa banyakkah diskaun yang mampu dimanfaatkannya.
Ini kerana, si pemegang kad ini mungkin pergi ke kedai yang
disenaraikan, mungkin juga tidak kerana jarak yang jauh dan sebagainya.
Akibtanya, ia boleh menjadi untung atau rugi. Ini tidak ubah seperti
berjudi, mungkin jika ada kesempatan dan nasib baik, mungkin ia akan
pergi, jika tak berkesempatan maka mungkin ia akan rugi yuran itu tanpa
sebarang penggunaan.

saya memahami perkara yang disebut di atas berdasarkan petikan web Empay di bawah :

S: Berapakah bayaran untuk menjadi ahli?

J: Untuk
menjadi ahli, anda hanya perlu membayar sebanyak RM138 untuk belian
satu lot yang melayakkan anda menerima pulangan RM32,764 walaupun anda
tidak membuat penajaan.

EM-PAY memperkenalkan 2 jenis keahlian:

1. Keahlian SILVER (Silver Member)     RM 138 (bersamaan 1 Lot)
2.   Keahlian GOLD (Gold Member)         RM 414 (bersamaan 3 Lot)

Komentar saya :
Ini bermakna, peserta diperlukan membayar RM 138 (bersamaan 1 lot) atau
RM 414 (untuk 3 lot) untuk memperolehi kad ini, justeru ia turut
menjadi haram berdasarkan kepada keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia
ini. Ia hanya akan menjadi harus apabila dihadiahkan secara percuma
oleh penganjur.

Dari banyak-banyak perkara
yang perlu disemak dalam skim ini, satu isu telah pun jelas haram.
Bagaimana pula dengan yang lain, mari kita lihat.

ISU KEDUA : MUDARABAH YANG PALSU

Berdasarkan info dari web
site EMPAY juga, ia menawarkan berikut sistem menjana keuntungan dari
kad tersebut secara piramid. Ini boleh dilihat dari :-

"EM-Pay
mempunyai satu program yang dinamakan AUTO PLACEMENT di mana melalui
program ini secara automatik ahli-ahli akan disusun dalam bentuk
susunan force matrix gandaan dua sehingga 13 level dari bilangan ahli
yang berdaftar dari seluruh dunia. Setiap ahli yang disusun melalui
program ini akan diberikan ganjaran sebanyak RM 4.00 dan bila sudah
cukup ke tahap 13 level, jumlah keseluruhan ganjaran yang anda terima
adalah sebanyak RM 32,764.00 sekiranya anda tidak menaja. Ganjaran ini
adalah hasil dari pembahagian keuntungan secara mudhrabah.


Pandangan Shariah :

Ini adalah satu penyelewengan
nama yang amat dikesali; mereka menggunakan nama ‘Mudarabah’ di tempat
yang bukan Mudarabah. Di lakukan oleh individu yang langsung tidak
mengetahui apa-apa tentang hukum hakam Pelaburan Islam. Tetapi dengan
mudah memperdaya umat Islam dengan hanya satu nama "Secara Mudharabah".
Amat mendukacitakan terdapat ramai umat Islam yang mempercayainya.

Padahal, Mudarabah mempunyai
rukun dan syarat, yang termudah adalah :- tiada sebarang keuntungan
boleh dijamin samada dalam bentuk peratusan mahupun ‘absolute amount’
seperti RM 32,764.

Bolehkah pembaca atau peserta
memberitahu saya bagaimana bentuk aqad Mudarabah yang dibuat? Siapa
pula yang berkelayakan Shariah untuk yang menyemaknya terma-termanya ?
Asas utamanya sekarang, adakah mereka mempunyai Majlis Penasihat
Shariah yang berwibawa? Siapa? Mengapa tidak dihighlightkan?. Atau
mungkin nama Penasihat Shariahnya adalah "Donald Trump" atau Ah Long
sahaja ? yang tidak beragama Islam serta tiada ilmu tentang Shariah.
Anda yakin dengan mereka? Maaf, saya tidak sama sekali menyerahkan
urusan agama saya kepada non-muslim untuk memandu.

Inilah yang dinamakan "Mudarabah Jenis Palsu". Menyalahgunakan nama Mudarabah bagi mengabui mata ramai.

Disertakan gambar rajah rukun Mudarabah ( Rujuk Shariah Standard, AAOIFI, hlm 231). Sila buka web http://www.aaoifi.com/ untuk mengethaui kredibiliti Majlis Dunia ini.

Rukun Mudarabah

1. Rabbul Mal

2. Mudarib

3. Raksul Mal (Modal)

4. Sighah

5. Nisbah Pembahagian Keuntungan Dalam Bentuk Ratio atau Peratusan. 

6. Perniagaan & Kerja

7. Ijab & Qabul

ISU KETIGA : RIBA, MONEY GAME & MENIAGA WANG UNTUK MENDAPAT UNTUNG

Disebutkan juga dalam webnya :

" Setiap ahli yang disusun melalui program ini akan diberikan ganjaran sebanyak RM 4.00 dan bila sudah cukup ke tahap 13 level"

PLAN A (PLAN AKTIF)

a) BONUS TAJAAN TERUS

Setiap tajaan terus, anda diberikan bonus sebanyak RM 15.00 untuk setiap lot.

Contoh 1 :
Jika anda menaja seorang dan daftar sebanyak 1 lot anda diberikan bonus RM 15.00

Contoh 2 :
Jika anda menaja seorang dan daftar sebanyak 3 lot atas USER ID yang
sama, anda diberikan bonus sebanyak RM 15.00 X 3 = RM 45.00

Pandangan Shariah

Inilah yang dinamakan ‘money
game’ yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan
jual beli dan mengharamkan Riba. Dalam Islam, untung dari perniagaan
yang halal sememangnya boleh datang dalam pelbagai bentuk tetapi
asasnya hanya dari dua sumber iaitu :-

•a)     Jual Beli & Sewa

Halalnya untung dari jual
beli kerana wujudnya aset atau barang yang dijual,yang mana harga modal
pembuatan barangan itu sebagai contoh RM 2, maka dijual dengan harga RM
10 . Maka RM 8 itulah untung yang halal.

Atau anda membeli sebuah
kamera dengan harga RM 800 kemudian anda menyewakannya kepada rakan
anda untuk 1 tahun dengan bayaran setiap bulan RM 100. Maka jumlah
keseluruhan anda perolehi dalam masa setahun adalah RM 1200. Itulah
namanya untung. Dalam masa yang sama, anda masih memiliki kamera
tersebut. Ini adalah untung dari sewaan namanya.

Termasuk juga dalam katergori
ini adalah pembelian saham yang merupakan sejenis asset atau commodity
yang mempunyai nilai SERTA SAH untuk dijual. Si pemegang saham boleh
mendapat untung samada apabila ia menjual saham itu dengan harga yang
lebih tinggi dari harga yang dibelinya, atau ia simpan untuk jangka
panjang, maka ia mendapat sebahagian dari keuntungan yang dihasilkan
oleh syarikat pengeluar saham itu secara tahunan dan sebagainya.

•b)     Pelaburan Mudarabah dan Musyarakah.

Iaitu sebagai contoh anda
meletakkan wang sebanyak RM 10,000 kepada pengusaha bas ekpress itu
pengurusan syarikat bas mereka, dengan persetujuan bersama bahawa dalam
setiap bulan, keuntungan bersih yang diperolehi oleh syarikat akan
dibahagikan 20 % untuk anda sebagai pelabur, dan 80% dari untung kepada
pengusaha. Maka jumlah sebenar hanya boleh diketahui bila sebulan telah
lengkap dan dikira semua pendapatan syarikat untuk bulan itu. Katalah
kentungan yang diperolehi sebanyak RM 5000. Maka 20 % dari RM 5000 akan
diberikan kepada anda sebagai pelabur, dan bakinya akan diambil oleh
syarikat. Itulah namanya Mudarabah menurut Islam. Bukannya seperti
EMPAY , anda letak RM 138, kami beri RM 32, 764 secara pasti!.

Mudarabah dan Musyarakah juga
mewajibkan kita menyemak perniagaan yang dijalankan samada menepati
Shariah atau tidak. Seperti contoh di atas, perniagaannya adalah
‘perusahaan Bas’, maka ia adalah halal.

Adapun EMPAY, apakah perniagaannya? Jawapannya adalah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun."

Perniagaan Kad diskaun telah
saya berikan hukumnya di atas, adapun pernigaan kutip wang, kemudian
dikumpul dan dibahagi-bahagikan kepada semua peserta. Ia jelas bukanlah
perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba.

Iaitu contoh "saya beri RM 138 hari ini, awak beri saya RM 32,764 dua minggu dari sekarang"

Inilah perniagaan wang dengan wang. Yang mana dalam Islam, ia memerlukan dua syarat agar tidak berlaku Riba iaitu :

  • a) Mestilah diserahkan dalam masa yang sama.
    Jika tidak berlakulah Riba Nasiah. Maka empay , serah duit hari ini,
    dapat semula bulan depan sebagai contoh, jelaslah ia Riba.
  • b) Mestilah nilai yang diberi adalah sama.
    Iaitu Jika beri RM 138, pulang juga mesti RM 138. Tetapi EMPAY beri RM
    138, pulang RM 32000. Ini lah yang dinamakan Riba Al-Fadhl. (Rujuk
    Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada’I As-Sonai’ ,
    Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Dr Sulaiman
    Al-Asyqar, 2/592 )

Kedua-dua syarat ini diambil dari hadith :

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas
dengan Emas ( ditukar atau diniagakan  termasuk wang kertas), perak
dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan
garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" 
( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

ISU KEEMPAT : KOMISYEN BERDASAR KEPALA & TERDAPAT SYARAT BAGI PEROLEH KOMSIYEN

Dinyatakan melalui webnya juga bahawa :-

"Program
EM-Pay meletakkan downline di bawah anda secara automatik, anda tidak
perlu cari mencari orang lagi! Program EM-Pay akan bermula dari
Malaysia, dan seterusnya kita akan berkembang ke pasaran di China, Hong
Kong, Thailand, Indonesia sehingga seluruh dunia."

Pandangan Shariah

Anda perlu membaca dengan
faham tulisan saya berkenaan MLM, dengan demikian anda mampu memahami
adakah sistem ini benar-benar MLM yang halal atau dari jenis ‘main
kepala’.

Jelasnya, ia adalah amat
jelas, ‘bermain dengan kepala’ ( komsiyen ikut kepala dan berapa ramai
ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan
syarikat). Justeru jelas lagi bersuluh ia adalah haram dan termasuk
dalam kategori yang disebut oleh Allah sebagai :

ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل

Ertinya : Dan janganlah kamu memakan harta sesame kamu dengan cara yang bathil (salah)..( Al-Baqarah : 188)

Inilah sistem piramid bentuk
cara yang salah dan tidak menepati Islam. Tambahan pula, setiap lot
yang dibeli bermakna akan menghasilkan untung yang telah ditetapkan
jumlahnya. Inilah namanya ‘Mudarabah Palsu’. Tiada jaminan untung dalam
Mudarabah sama sekali walaupun dari pihak ketiga.

Ia tidak ubah seperti ‘Fixed
Deposit’ dari satu sudut: Fixed deposit adalah satu jenis pelaburan
yang menjamin pulangan atau keuntungan dalam bentuk yang telah
ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai contoh, jika anda
meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda
pasti akan diberi pulangan samada jumlah tertentu (seperti RM 5,000)
atau kadar pulangan yang pasti (12 %)  dari jumlah pelaburan anda. Cuma
perbezaannya adalah ia lebih teruk lagi kerana Fixed Depost tidak
meletakkan perbezaan perolehan komisyen kepada pencarian ahli.

Jaminan untung tertentu dalam
sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai
haram kerana Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh
menyebut :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi
mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi
risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti
menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)
"  (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

Justeru sebarang pelaburan
dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.
Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah
sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia
berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin.
Ia adalah haram

APA ITU MUDARABAH YANG TULEN DALAM BENTUK PRAKTIKAL ?

Mungkin ada di antara pembaca
yang keliru pula dengan konsep Mudarabah yang sebenarnya, Sebagai
contoh untuk kefahaman, akaun pelaburan Bank-bank Islam adalah dibuat
atas asas Mudharabah?

Ia
bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat
pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti "
Akaun Pelaburan Umum Mudarabah" atau "Akaun Pelaburan Istimewa
Mudarabah" atau " Akaun Semasa Mudarabah".

Menurut
konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka
ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya
pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar
peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk
pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.

Satu
perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit
yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat
yang telah di tapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis
Penasihat Shariah Bank. Justeru semua "Shariah-Approved companies" ini
telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah,
justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang
bersih.

Urusan
tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam
suasana "client-friendly", iaitu dengan perbincangan yang cukup telus
atau "transparent" dengan "client". Ia mungkin akan membuat penilaian
dari sudut "asset" mahupun "lialibilities" sesebuah syarikat, tanpa
mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham
atau tidak. Secara umum penapisan "filter" Shariah berikut biasanya
digunakan antaranya :-

i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)

ii-
Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap
hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai "impure interest
income" berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )

Selain
itu, pembaca mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di
paparkan oleh sesetengah akaun Islam mudarabah di sesetengah Bank
Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di
gelar "indicative Rates" atau "kadar andaian dan ramalan" dan bukannya
kadar yang tepat dan mesti diberikan oleh bank, ia di paparkan demi
mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan
Bank.  Berbeza dengan kadar Empay yang diberikan secara tetap dengan
syarat cukup 2 kaki downline.

Cara kiraan Mudarabah yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :-

Untung Sebenar  = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR) = Keuntungan setahun

                                                      100

Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru "indicative" atau anggaran untuk bulan hadapannya seperti berikut :-

3 X 70 (pelanggan) = 2.10

100

Maka,
jumlah 2.10 % inilah yang akan di paparkan oleh Bank-bank Islam bagi
menunjukkan jangkaan prestasi keuntungan akan datang Bank. Ia hanyalah
andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank memberikan pulangan
dengan kadar di atas.

Jika anda memahami apa yang
saya jelaskan di atas, maka anda akan memahami beza yang amat ketara
dengan EMPAY yang bukan dibuat di atas konsep Mudabarah.

Ada yang bertanya pula :
Adakah boleh disamakan pembelian lot Empay seperti membeli blok saham
yang membolehkan kita mendapat keuntungan ?

Ini juga tidak benar, kerana
jika seseorang membeli blok atau lot saham, tiada sebarang jaminan
modalnya terselamat dari kerugian, apatah lagi jaminan keuntungan.
Inilah bentuk pembelian dan pelaburan yang diterima Islam.

Inilah yang mungkin termasuk dalam hadith :

يأتي على الناس زمان يستحلون الربا باسم البيع

Ertinya : Akan sampai
satu zaman dimana manusia menghalalkan riba dengan menamakannya jual
beli (dan pelaburan)" ( Riwayat Al-Khattabi, 1/42 : Albani : Dhoif )

ISU KELIMA : DUA KONTRAK DALAM SATU YANG DILARANG

Web EMPAY juga menyebut :-

Secara
realitinya anda tidaklah perlu menunggu sehingga 13 level untuk
mendapat ganjaran tersebut, tetapi anda akan dibayar ganjaran ini pada setiap 2 minggu
bergantung kepada bilangan ahli yang telah disusun pada minggu
tersebut.  Dalam program ini, walau pun anda seorang ahli yang pasif,
anda juga layak menerimanya dengan syarat yang paling minima.

Senario 1
Jika anda daftar 1 lot, anda berjaya menaja 2 orang, anda layak menerima 100% dari jumlah RM 65.528.00

Senario 2
Jika anda daftar 1 lot, anda berjaya menaja 1 orang, anda layak menerima 75% dari jumlah RM 65,528.00 iaitu RM 49146.00

Senario 3
Jika anda daftar 1 lot , anda gagal menaja walaupun seorang dalam program ini, anda layak menerima 50% dari jumlah RM65,528.00 atau RM 32764.00

PANDANGAN SHARIAH

Dari gambaran ini, amat jelas
bahawa ia adalah perniagaan duit dan ‘kepala’ iaitu tajaan kepala dan
setiap bagi mendapatkan satu ‘kepala’ atau ‘lot’ adalah perlulah
memabayar sejumlah wang. Sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi
malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi.

Senario 1, 3 dan 3 ini amat
jelas mengaitkan jumlah % komisyen kepada syarat peserta mencari ahli.
Inilah yang telah saya sebutkan dalam artikel MLM dahulu sebagai dua
kontrak dalam satu yang ditegah oleh Nabi SAW kerana terdapat unsur
penindasan dan ketidakadilan, selain ia juga mempunyai serba sediit
elemen perjudian.  SILA BUKA
http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72

Tapi dalam hal ini, ia lebih
teruk lagi kerana tiada sebarang produk yang dijual. Semuanya
bergantung kepada jumlah ahli bawahannya.

ISU KEENAM : PARA USTAZ DAN EM-PAY

Terdapat beberapa email yang
dihantar kepada saya menyebut bahawa skim ini dianggap halal oleh
beberapa orang ustaz yang telah menyertainya dengan alasan ia adalah
‘Maslahat’ dan diperlukan oleh membina kekuatan ekonomi umat Islam agar
tidak ditindas apabila berada dalam keadaan miskin.

Hakikatnya, saya amat kesal
dengan hujjah longgar tanpa bersendikan ilmu yang amanah dari individu
yang bernama ‘ustaz’ ini. Mempergunakan hujjah maslahat dengan
sewenang-wenangnya. Jika benarlah ‘langgar sahaja yang haram asal boleh
membuat keuntungan & menguatkan ekonomi’ maka saya bimbang selepas
ini, mereka ini menghalalkan rompakan bank dan rasuah pula kerana boleh
menguatkan ekonomi individu.

Jika demikian halnya, apakah
ertinya Allah SWT meletakkan segala macam jenis undang-undang untuk
mentertib dan menjaga kebaikan ummah. Dimana pula relevan hadith Nabi
yang menyebut :

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر

Ertinya : Dunia ini
ibarat penjara (kerana terdapat hukum yang menjaga) bagi orang Mukmin,
dan syurga bagi si Kafir. ( Riwayat Muslim, no 2956 ; Majma az-Zawaid,
no 7974 )

Islam melarang kita melakukan
perkara haram untuk mencapai sesuatu yang baik. Kecuali di dalam
keadaan amat amat terpaksa serta tiada pilihan lain.

النية الحسنة لا تبرر الحرام

Ertinya : Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram.

Islam juga MENOLAK sama sekali konsep (Rujuk al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 36):

الغاية تبرر الوسيلة

Ertinya : Matalamat Menghalalkan Cara

الوصول إلى الحق بالخوض في الكثير من الباطل

Ertinya : Sampai kepada kebenaran melalui kertilbatan dengan pelabagi perkara bathil

Sebenarnya saya amat tidak
berminat untuk mengulas pandangan kosong para ustaz seperti ini,
cukuplah hujjah saya di atas dijadikan panduan.

Bagi mereka yang sedar akan hadith:

كل لحم نبت  من سحت فالنار أولى به

Ertinya : "Setiap daging
yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih kayak untuknya"
( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf
As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)

Diharap dapat berfikir
sendiri, tidak saya nafikan skim ini nampak kelihatan begitu indah bagi
umat Islam yang memerlukan wang tambahan. Sememangnya saya cuba melihat
dari pelbagai sudut bagi mencari jika terdapat hujah yang membolehkan,
tetapi tiada, kecuali semakin membaca, semakin banyak cacatnya dari
sudut Shariah.

Justeru, di ketika wujudnya
pelaburan Islam dan amat besarnya dosa Riba, Tiada sebarang jalan untuk
membenarkan pelaburan Riba dan tidak sah ini.

Sesal di dunia pendapatan, sesal di Barzakh tiada berguna. Allah maha adil dan mengetahui akan apa yang kita perolehi.

Akhirnya, hayatilah sabda Nabi SAW :

لا تزول قدما ابن آدم يوم
القيامة من عند ربه حتى يسأل عن خمس ؛ عن عمره فيم أفناه , وعن شبابه فيم
أبلاه , وماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه , وماذا عمل فيما علم "

« Tidak akan lepas dua
kaki anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah di
tanya  lima perkara : Tentang umurnya dimana ia habiskannya, tentang
kepemuda dan kepemudiannya dimana digunakan, dan TENTANG HARTANYA DARI
MANA DATANGNYA DAN KEMANA DIBELANJAKANNYA, dan apakah yang dilakukan
dengan ilmunya » ( Riwayat At-Tirmidzi, no 2416 ; Albani : Sohih )

AKhirnya, TIDAK PERLULAH ANDA
BERASA MARAH DENGAN TULISAN INI, IA HANYALAH BOLEH MEMBANTU BAGI MEREKA
YANG MEYAKINI ADANYA ALAM BARZAKH. Adapun sesiapa yang masih yakin.
Terpulang kepada anda untuk berhujjah di akhirat kelak. Dan sekiranya
anda tidak mampu memahami kandungan jawapan saya di atas, ini bermakna
; anda belum bersedia untuk melabur di sesuatu pelaburan yang tiada
Majlis Penasihat Shariah.

 

Jika anda terfikir dan mencari alternatif pelaburan Islam yang sah. Sila buka

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=72

 

Jika anda terfikir bagaimana ingin menguruskan wang haram yang telah diterima, Sila buka link

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=196&Itemid=72 

 

 

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 Muharram 1428H

15 Feb 2007

ABB Fund, Eaindex, Arabic Fund & Winlifund

March 1st, 2007 by heeroes

ABB Fund, Eaindex, Arabic Fund & Winlifund

Yang Diminati : Haram Lagikah ?

Oleh 

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman 

www.zaharuddin.net 

Pelaburan melalui
internet semakin popular hari ini, terutama di kalangan orang awam.
Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan tinggi yang ditawarkan
oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan penyertaannya begitu hebat
dan menggunung hari demi hari. Tanpa memikirkan halal dan haram, atau
hanya dengan kefahaman amat tipis tentang ‘nature’ sesuatu pelaburan
itu dari kaca mata Islam, mereka berbondong-bondong menyertainya dengan
‘keyakinan’ ianya adalah halal atau sesetengahnya tiada endah berkenaan
hukum, yang penting baginya adalah RM RM RM. 

‘Keyakinan’ palsu ini kelihatan terserlah kesilapannya apabila tulisan-tulisan yang disiarkan di web saya http://www.zaharuddin.net/
dan disebar luas oleh yang sukarelawan Islam tersedar melalui email dan
yahoogroups yang pelbagai. Setelah meneliti pelaburan-pelaburan
‘favorite’ ini, ternyata hampir semuanya adalah tidak sah di sisi Islam
secara sepakat ulama. Selain itu ternyata juga bahawa ianya tidak lain
hanyalah ‘pinjaman dengan pulangan Riba’ belaka dan bukannya pelaburan
yang sah atas dasar konsep ‘Mudarabah’ atau ‘Musharakah’ yang diredhai
Allah SWT. Kali ini kita semak sama-sama beberapa isu asas dalam tiga
dana pelaburan yang amat di ‘gilai’ oleh ramai. 

Saya kira, mungkin
ramai juga yang akan berhenti membaca artikel ini di sini akibat teruji
dengan satu perasaan hebat di hatinya, bimbang akan ‘terbaca’ sesuatu
yang tidak enak berkenaan pelaburan yang menjadi penyelesai masalah
kewangan hidupnya. Apapun, saya tiada pilihan lain kecuali menyahut apa
yang dikatakan oleh Nabi SAW « Berkata benarlah walaupun ianya pahit ». 

Saya juga ada mendengar terdapat beberapa indivdu utama pelaburan ini dengan sengaja mengatakan

" Jangan tanya ustaz yang reti, nanti dijawabnya haram, tak pasal-pasal susah kita nak cari ahli"

Bagi saya, ucapan ini tidak lain dari bercanggah dengan kehendak ALLAH SWt yang mengingatkan kita

" Tanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui"

dan juga ertin firman Allah SWT :

" Wala yunabbi uka mishlu khabir" ertinya : "dan tiada
yang dapat memberikan sesuatu jawab yang memuaskan seperti yang
berpengalaman"

ABB Fund, Eaindex, Winlifund & Arabic Fund

Semasa dihujani dengan soalan
berkaitan pelaburan Em-Pay, saya juga dihujani dengan lebih lebat
dengan soalan berkenaan ABB Fund, Winlifund dan Eaindex. Jika saya
jumlahkan semuanya, semua soalan ulangan ini berjumlah lebih 150
kali kepada saya. Pada mulanya, ingin saya abaikan saja kerana
kesibukan tugasan yang rencam, tetapi hari demi hari saya sendiri naik
letih membaca soalan yang sama berulang kali, sehinggalah tergerak hati
untuk mengkajinya bagi manfaat umat Islam setelah beberapa individu
menelefon serta memberi penerangan lisan akan cara pelaburan ini
dibuat. Ia menjadi lebih cepat dan mudah jika ada yang telah
menyertainya menerangkan.

Justeru, saya ingatkan, jiak masih ada yang ingin saya
cepat tolong menyemak pelaburan yang dikehendakinya, anda perlulah
menelefon saya dan menerangkan dengan jelas secara lisan. Hanya
kemudian selepas itu, saya akan ikuti dengan pembacaan ‘line by line’
di web site syarikat terbabit.

Diwarwarkan Halal

Ketiga-ketiga jenis pelaburan
ini pernah dan kerap diwarwarkan ‘halal’ oleh individu yang kurang
biasa dengan displin mualamat Islam. Bagi ABBFund, Winlifund dan
eaindex ia secara tidak sengaja atau sengaja didakwa halal kerana
dikatakan pelaburannya terhad kepada aktiviti halal seperti industri
minyak dan gas, hartanah, getah dan sebagainya yang halal.

Kita perlu memahami
bahawa, apabila kita ingin mengetahui sesuatu pelaburan itu halal atau
haram, kita tidak boleh hanya melihat kepada industri apakah yang
digunakan wang kita itu. Sebaliknya, paling minima kita perlu melihat
dari dua tahap. 

1) Tahap Pertama : Wang dari poket kita kepada syarikat pelaburan .

Inilah tahap yang kerap
dilupakan oleh para peserta ABB Fund & Swiss cash dan sekutunya.
Mereka kerap memfokuskan kepada tempat ABB melaburkan dana
terkumpulnya. Ini tindakan yang kurang tepat kerana kita perlulah
menyemak apakah aqad atau kontrak antara kita dan syarikat Pelaburan
itu terlebih dahulu. Ringkasnya, ia MESTILAH dibuat dengan tepat
menurut kehendak Shariah dan menepati cara dan syarat pelaburan Islam.
Jika tidak, aqad akan batal, maka tiada gunalah lagi untuk mengetahui
di mana dilaburkan dana terkumpul itu.

Sebagai contoh mudah, si A mencuri duit dan kemudian membeli al-Quran dengan duit curi itu.

Hukum adalah jelas
dalam hal ini, walaupun duit itu digunakan dengan cara yang betul di
tahap kedua (membeli Quran), tetapi  kerana tahap pertama (curi) adalah
haram, maka tahap kedua yang baik tidak akanmenjadikan pembelian itu
halal. 

2) Tahap Kedua : Wang kita di syarikat itu dilaburkan dan digunakan untuk industri dan instrumen pelaburan halal atau haram. 

Kajian tahap pertama,
terhadap aqad di antara peserta dengan syarikat ABB ,Eaindex dan
Winlifund ternyata menunjukkan masalah yang sama iaitu :- 

Isu Pertama : ‘Fixed Return’ atau keuntungan yang dijamin.

Telah berkali-kali saya
sentuh isu ini, tapi nampaknya umat Islam masih kabur  dan tidak dapat
menangkap dengan jelas konsep sebenar pelaburan Islam yang dibuat atas
asas Mudarabah dan Musharakah. Saya ingin tegaskan di sini agar saya
tidak ingin lagi ditanya dengan soalan dan skim pelaburan yang sama.
Sebagai panduan utama :

SEBARANG PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN UNTUNG SECARA TETAP ADALAH HARAM MENURUT KONSEP PELABURAN ISLAM.

Saya harap dengan
panduan amat amat mudah ini, semua orang boleh menjadi menentukan ianya
halal atau haram bagi dirinya setiap kali ingin membuat pelaburan. 

Justeru, aqad antara peserta dan syarikat ini telah dikira tidak halal di sisi Islam,

Maka di ketika ini, tiada
gunalah menghabiskan tenaga menyemak tahap kedua. Bagaimanapun , bagi
mendatangkan lebih keyakinan kepada pembaca yang saya kira majoritinya
telah menyertainya, saya akan bantu anda untuk mengesan di mana
silapnya secara ringkas dan padat.

ABB FUND

Hal ini ternyata apabila kita melihat di web ABB Fund di http://www.abbfund.biz/ atau http://abfund.mine.nu/. Kita akan dapati plannya begini : 

ABB Fund Fixed Deposit  

Ini bermakna jika modal
‘pelaburan’ anda USD 20. Setiap hari anda dijamin mendapat pulangan
sebanyak 2 % , dan jika anda letak USD 2000, maka akan mendapat 2.9 %
setiap hari.

WINLIFUND

Adapun Winlifund pula seperti berikut ( rujukan http://www.winlifund.com/investment.html)  :- 

Value

% Per Day

Days

Return

10 USD

2.0 

100 

20 USD

50 USD

2.2 

100 

110 USD

100 USD

2.5 

100 

250 USD

300 USD

2.6 

100 

780 USD

500 USD

2.7 

100 

1350 USD

1000 USD

2.9 

100 

2900 USD

1500 USD

3.0 

100 

4500 USD

ARABIC FUND

 

Berikut pula arabic fund skim..rujuk www.al-arabic.com

Daily Return of Investment (ROI)

 

Capital Daily % 100 Days ROI RETURN
USD 20 2.1% 210% USD 42
USD 50 2.3% 230% USD 115
USD 100 2.5% 250% USD 250
USD 500 2.7% 270% USD 1350
USD 1000 3.1% 310% USD 3100

 

Ia juga menjamin
keuntungan..nama arabic tidak menghalalkan yang haram kerana amat ramai
orang arab yang tidak pun solat (terutama solat Subuh- sya tahu kerana
saya pernah mengaji di Jordan dahulu)). Janganlah terpedaya hanay
dengan nama arab.

EAINDEX

Manakala Eaindex pula sebagaimana berikut (http://www.eaindex.com/index.php ) :- 

* Minimum Index Code Purchse is $ 20

Code Types

Value

Percentage

Days

Total Percentage

Index20 Code

$      20 

1.8 % per day

100 

180 % 

Index1000 Code

$ 1,000 

2.0 per day 

100 

200 %

Index5000 Code

$ 5,000 

2.3 % per day 

100 

230 % 

Ini bermakna jika modal
‘pelaburan’ anda USD 20. Setiap hari anda dijamin mendapat pulangan
sebanyak 1.8 % , dan jika anda letak USD 1000, maka akan mendapat 2.0 %
setiap hari dan jika diberi pinjam USD 5,000 akan dibalas dengan riba
sebanyak 230 %. Dalam masa 100 hari. Secara sepakat ulama Shariah silam
dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan
pelaburan. Saya juga telah mengulas perkara ini semasa saya menulis
berkenaan Swiss Cash dan juga Em-pay.

EAINDEX dengan terus terang menyebut di laman webnya

"
EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by
providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each
index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from
inception"

Adakah anda perasan perkataan
‘FIXED RETURN’ yang dinyatakan ? Inilah yang dikatakan Riba. Kerana
Pelaburan yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang
keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya
tidak membuat sebarang janji untuk memberi untung itu.

Demikian keputusan yang
disebut secara sepakat oleh ulama silam, iaitu kontrak pelaburan itu
tidak sah menurut Islam. Dan semua untungnya juga tidak sah. (Rujuk
Bada’i as-Sonai’, Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ;  Mughni
Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)

Manakala Majlis
Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI yang saya sebutkan nama pakar-pakarnya
di bawah telah membuat  keputusan berikut, berikut teks fatwanya :- 

إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة 

Ertinya : "Apabila
mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan
pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" ( Al-Ma’ayir
As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240) 

Jaminan untung tertentu dalam
sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai
haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah
Fiqh menyebut :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi
mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi
risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti
menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)
"  (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan) 

Justeru sebarang
pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di
atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti
ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini
menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest)
yang dijamin. Ia adalah haram dan kontrak menjadi batal menurut sepakat
Ulama. 

Isu Kedua : ‘Commodity Futures’ dan Forex

Adapun sekiranya, tahap
pertama tadi berjaya, kita wajib memeriksa tahap kedua pula. Apabila
saya merujuk dan membaca ‘line by line’ penerangan berkenaan ABB Fund
dan Winlifund. Eaindex ternyata ia bukan sahaja melabur di dalam
industri minyak dan gas sebagaimana yang difahami, ini disebutkan di
web ABB 

major oil companies, energy services, oil and gas exploration and production companies, and natural gas pipeline companies.,

tetapi ia juga terlibat menggunakan perniagaan ‘commodity futures’ dan Forex bagi meraih keuntungan.

Ini disebutkan dari petikan dari webnya iaitu : 

The
ABFUND program is a long term high yield private investment program
managed by a group of professional traders specialize in trading on
equity market,
currencies, major market indexes and energy commodity futures markets.
Our successful trading record has maximize high yield return to our
investors’ investment and we are paying real-time in daily basis
through the PAY-IT 4 PROFIT SYSTEM.
 

Beirkut pula dalam web Winlifund (http://www.winlifund.com/market.html

" Basically, the markets are categorized into: Equities , Commodities  Currencies, Real Estates " 

Anda nampak perkataan
CURRENCIES, itulah perniagaan berkaitan Forex, telah saya bawakan
kajian dan keputusan Majlis Penasihat Shariah Dunia di artikel saya
ketika mengulas isu Swiss Cash, sila buka link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Berkenaan ‘Commodity Futures’
pula, saya amat pasti, para ustaz yang tidak terlibat dengan industri
perbankan dan kewangan di Malaysia atau antarabangsa, AMAT SUKAR UNTUK
MEMAHAMI apakah erti ‘commodity futures’, apatah lagi mengulasnya dari
sudut hukum, mungkin membaca tulisan saya ini pun boleh dilanda
‘migrain’.

Ia perkara biasa dan
boleh diterima, kerana setiap ustaz mempunyai pengkhususan
masing-masing, seperti saya yang tidak mahir dalam bidang ‘faraid’
(pembahagian harta pusaka), tiada apa yang perlu dimalukan dan aib.
Cuma yang aib adalah berlagak ‘specialist’ dan pakar lalu memberi fatwa
dalam bidang yang bukan bidang anda, dengan mudah anda boleh
ditertawakan atau disanggah oleh ‘specialist’ kelak dengan hujjah
‘check mate’. 

Justeru, saya
menasihatkan orang ramai yang menjadikan ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ sebagai
kiblat dalam pelaburan ini memastikan mereka benar-benar ‘specialist’
dalam bidang ini, untuk itu cuba meminta penjelasan kepada ustaz yang
diikuti ini, apakah ‘Commodity Futures’ dan bagaimana ABB Fund ini
boleh menjadi halal bila terlibat dengan commodity futures?. 

Sedangkan Majlis
Penasihat Shariah Institusi Kewangan Dunia telah membuat keputusan
bahawa (Rujuk keputusan no 5/1/2, Al-Ma’ayir As-Shariah, hlm 371 ;
Keputusan Persidangan Dallah AlBarakah, tahun 1999, no 17/1): 

TIDAK HARUS
(HARAM) DARI SUDUT SYARA’ UNTUK BERURUSAN DENGAN ‘FUTURES CONTRACT’
(termasuk Commodity Futures) SAMADA MEMBUATNYA, MEMBELI DAN MENJUALNYA.

Ia menjadi haram kerana sebab berikut :- 

 

a) Penjualan beli komoditi secara tangguh bayaran dan penghantaran komoditi yang dijual. Ini menyebabkan ia tergolong dalam hadith, berkatalah Ibn Umar : 

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الكالئ بالكالئ 

Ertinya :
"Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang"
(Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam
Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )

Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn
Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan  Imam As-Syawkani
menyebutkan bahawa telah Ijma’ seluruh ulama bahawa haram membeli
secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya.
(Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta,
3/308)

 

b) Menurut kebiasaannya penjual secara ‘futures’ ini menjual komoditi yang belum berada dalam miliknya. Ini dilarang oleh Nabi SAW sebagaimana hadith

لا تبع ما ليس عندك 

Ertinya : "Janganlah
(dilarang) kamu menjual sesuatu yang belum dimiliki olehmu" (Riwayat
At-Tirmidzi , no 1232 , Albani : Sohih )

Selain dua sebab ini terdapat
2 sebab lain yang menyebabkan Majlis Ulama Fiqh mengharamkannya.
Termasuklah unsur perjudian yang wujud. Bagaimanapun, cukuplah dua
hujjah ini untuk saya dedahkan kepada awam agar infomasi yang diberikan
tidak begitu berat. Sesiapa yang berminat boleh rujuk di artikel saya
tentang Swiss Cash, telah saya ulasnya http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72
 

Sebagai makluman,
keputusan ini dibuat setelah sepakat seluruh Ulama Fiqh SeDunia bersama
perbincangan pakar ekonomi. Ahli Majlis Penasihat Shariahnya dianggotai
oleh ulama seperti berikut :- 

  1. Sheikh Mufti Taqi Uthmani (Hakim Syarie Mahkamah Tinggi, Pakistan - Pengerusi) 
  2. Sheikh Abdullah Bin Sulaiman Al-Mane (Hakim Mahkamah Mekah) 
  3. Sheikh Prof. Dr. Muhammad Siddiq Ad-Dharir ( Prof Shariah, Univ Khartoum, Sudan) 
  4. Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof Shariah, Univ Damsyiq, Syria) 
  5. Sheikh Prof. Dr ‘Ajil An-Nashmi ( Prof Shariah, Univ Kuwait) 
  6. Sheikh Husayn Hamid Hassan (Pengerusi Majlis Penasihar Shariah, Dubai Islamic Bank, UAE) 
  7. Sheikh Abd Rahman Al-Atram ( Penasihat Shariah, Ar-Rajhi Investment Bank, Saudi) 
  8. Sheikh Ali Tashkiri ( Setiausaha Agung, Kesatuan Dunia ‘Taqrib’ Sunnah dan Syiah, Iran) 
  9. Sheikh Dato’ Ghazali Abd Rahman (Ketua Hakim Syarie, Malaysia) 
  10. Sheikh Al-Ayyashi As-Sadiq Al-Faddad ( Ma’ahad Penyelidikan Islam, Islamic Development Bank, Saudi) 
  11. Sheikhuna Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, Kumpulan Perbankan Dallah Al-Barakah Sedunia) 
  12. Sheikh Ahmad bin Abdullah ( Setiausaha Agung, Majlis Penasihat Shariah, Sudan) 
  13. Sheikh Nizam Ya’qubi (Majlis Penasihat Shariah, Bahrain Islamic Bank) 
  14. Sheikh Nazih Hammad (Majlis Penasihat Shariah, Citibank Islamic ) 
  15. Sheikh Dr Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan, Malaysia) 

Itulah ahli Majlis yang
membuat keputusan itu, saya tidak pasti jika anda masih mempercayai
orang tertentu di Malaysia sedangkan ia telah dibincangkan oleh
pakar-pakar seperti di atas.

Isu Ketiga  : Syarikat yang amat diragui

Selain itu, walaupun
perniagaan minyak dan gas, eletrik,  adalah halal, dokumen-dokumen
utama dan cara jual belinya dilakukan hendaklah disemak oleh sebuah
Majlis Penasihat Shariah terlebih dahulu agar semua rukun dan syarat
jual beli diikuti.

Sebagai contoh, Majlis Penasihat Shariah Dow Jones Islamic Fund, sila buka laman mereka di http://www.investaa.com/
; sebelum meluluskan sebarang syarikat yang boleh di sahkan halal,
mereka akan mengkaji dengan teliti, antara contohnya mereka akan
memastikan syarikat tersebut tidak mempunyai pinjaman konvensional
lebih dari 30 % dan banyak lagi kaedah semakannya. 

Selain Dow Jones Islamic,
anda boleh merujuk cara semakan dan pengesahan yang dibuat Jabatan
‘Islamic Capital Market’ di Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Dengan itu
anda akan mengetahui bagaimanakah cara mereka mengesahkan sesebuah Dana
Pelaburan itu untuk boleh sebagai halal. Inilah antara kerja di
Suruhanjaya Sekuriti di Jabatan Pasaran Modal Islam.

Tidak perlulah saya dedahkan
kaedah ‘screening’ mereka kerana ianya agak teknikal dan hanya akan
memeningkan orang awam yang tidak berpengalaman dalam hal pelaburan.
Kesimpulan saya di sini adalah, ABB Fund dan EAindex tidak pernah
memikirkan tentang halal haram, mereka adalah Kapitalis yang hanya
mencari untung semaksimum mungkin tanpa mengendahkan displin Islam,
jika tidak mereka sudah tentu melantik pakar-pakar Shariah untuk
menyemak pelaburan mereka.

Dengan tiga hujjah ini
pun sudah jelas, dan tidak perlu lagi saya mendedahkan kepincangan
Shariah dalam system agensi dan commission memperkenalkan ahli bawah
mereka. Jika tiga isu tidak lepas, yang lain juga tiadalah gunanya. 

RUNGUTAN & RESPOND

"Kalau macam tu, semua
haram ustaz, Bank Negara, kereta, rumah, ekonomi kita, negara kita,
kedai runcit dan lain-lain" Demikian luahan tak puas hati yang pasti
akan kedengaran bila artikel ini dibaca. 

Inilah jenis respond
‘cari makan’ apabila sudah didedahkan satu persatu bahawa pelaburan
yang disertainya adalah bercanggah dengan hukum Allah SWT. Iaitu, cuba
mengaitkan dengan perkara lain agar kelihatan mustahil untuk
mengelaknya, selain itu ada juga yang akan mula mempersoalkan kewangan
peribadi saya pula. Padahal, ia tiada kaitan dengan hukum pelaburan
mereka. Ia dibuat hanya untuk mengubah focus isu ini kepada topic lain. 

Nasihat saya, janganlah
menjadi tidak teliti tentang hukum sebelum melabur hanya kerana ia
membawa keuntungan lumayan. Membuat kesimpulan umum tanpa ilmu hanya
membawa masalah dan kemerbahayaan kepada diri sendiri. Saya tidak
punyai masa yang panjang untuk menjelaskan satu demi satu. Cukup saya
katakan, bahawa lebih mudah untuk saya menjelaskan secara ‘lisan’ dari
menulis.

Justeru, anda boleh menemui
saya atau mendaftar di kursus kewangan Islam yang akan diadakan 24
Februari 2007 jika anda ingin mengajukan soalan seperti itu. Saya tidak
mahu mempromosi kursus itu di sini, kerana itu saya katakan, anda masih
boleh mengajukannya secara telefon dan berjumpa saya di kuliah-kuliah
bulanan saya di serata lembah Klang secara percuma. Saya kira, saya
mampu menerangkannya dalam masa 5-15 minit sahaja.

HUJJAH POPULAR UNTUK MENGHARUSKAN YANG HARAM

Hujah-hujah ‘favorite’ dan rapuh yang kerap digunakan mereka adalah seperti berikut : 

  • Hujjah Pertama Mereka : "Apa salahnya, bukankah ia boleh meningkatkan ekonomi  umat Islam", 

Jawapan saya :
"Ekonomi umat Islam hanya boleh berkembang bila ada unsur keberkatan.
Bermuamalah dengan yang haram, adalah tiada berkat dan pasti tidak akan
berkembang sampai bila-bila. Jika berkembang, ia hanya menambahkan dosa
seperti melahirkan lebih banyak si tamak, penipu, pemberi dan penerima
rasuah dan lain-lain unsur jahat yang secara senyap menghancur sesebuah
masyarakat. Ia disebut oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 278 :
"Allah memusnahkan keberkatan dari harta Riba.." 

  • Hujjah Kedua Mereka  : "Maslahat"

Jawapan saya : Saya telah jawab isu penggunaan maslahat ketika mengulas isu ASB. Boleh rujuk artikel di link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=63….Kesimpulannya ia adalah ‘Maslahat Mulghah’ iaitu Maslahat yang tertolak. 

  • Hujjah Ketiga Mereka   : "Jika tiada duit maka buat kebajikan pun tak boleh" dan yang sepertinya. 

Jawapan saya : Sebuah hadith menyebut :  

من جمع مالاً من حرام ثم تصدق به , لم يكن له فيه أجر 

Ertinya :
Barangsiapa yang megumpulkan wang haram dan kemudian bersedeqah
dengannya( membuat kebajikan ) , maka tiadalah sebarang ganjaran
kebaikan untuknya ( Riwayat Al-Hakim, 1/390; Ibn Hibban, no 797 : Sohih
menurut Ibn Hibban dan Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Zahabi; Albani :
Dhoif)

  • Hujjah Keempat Mereka  : "Sampai tahap dharurat"

Jawapan saya
: Ini adalah anggapan tidak sah, kerana dharurat adalah sesuatu perlara
keperluan asas yang jika tidak dilakukan maka seseorang boleh hilang
nyawanya. (Rujuk Al-Muwaqafat, As-Syatibi). Saya percaya ramai orang
tidak melabur, tetapi masih hidup aman damai.

  • Hujjah Kelima Mereka  : Ada hadith kata " tak boleh lari dari riba di akhir zaman, semua akan kena debunya"

Jawapan saya : Saya telah ulas bahawa hadith ini dhoif menurut imam Al-Munziri dan Albani. 

  • Hujjah Keenam Mereka  : "Tak mengapa nanti kami bersihkan sebahagian bonus dengan mengeluarkan zakat"

Jawapan saya : Syarat
wajib zakat ke atas Muslim adalah memiliki harta itu dengan sah dari
sudut Islam, dikeluarkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT
(Rujuk Al-Badai’ As-Sona’i, Al-Kasani, 2/4 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi,
11/171; Ad-Deen Al-Khalis, 8/84) . Jelasnya, zakat tidak boleh
menyucikan harta yang haram, ia hanya boleh menambahkan berkat bagi
harta yang didapati dengan cara halal. Secara sepakat ulama bahawa
tiada zakat ke atas harta haram tetapi yang diperlukan adalah
melupuskannya (Qadhaya Az-Zakat Al-Mu’asiroh, Dr Naim Yasin, 2/208 ). 

Marah dan Menyekat Untung

Saya pasti ada yang amat
marah kerana ia telah mempunyai rangkaian yang cukup luas dan
keuntungan pun sudah mencurah masuk ke akaun dengan lebat sekali. Apa
yang boleh saya nasihatkan hanyalah hadith Nabi yang telah saya
nyatakan dahulu iaitu

كل لحم نبت  من سحت فالنار أولى به 

Ertinya : "Setiap
daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak
untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ;
Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)

Sebagai penambah
kesedaran kita semua, suka saya nyatakan bahawa pelaburan ABB Fund,
Winlifund, Em-Pay, Swiss Cash, EAindex adalah tidak sah menurut
pandangan ulama dan semuanya terlibat dengan Riba dengan jelas. 

Saya juga sedar betapa
besarnya ujian jika saya berada di tempat pemain, pelabur dan pelopor
abb fund, eaindex dan sudah meraih untung ribu-ribu..memang sukar.

Cuma suka saya ingatkan
bahawa, lagi sukar sesebuah ujian, sudah tentu pahalanya juga lebih
besar, sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah
r.a dalam sebuah riwayat :

"Pahala kamu adalah berdasarlah tahap keletihan dan kesukaranmu’


Bergembiralah bagi sesiapa yang berjaya mengekang
nafsunya demi untuk kebahgian di barzakh.. pastinya Rasulullah SAW
berbangga dengan anda !!

Malah saya juga merasakan, pahala individu yang sanggup
berhenti kerana Allah ini mungkin lebih hebat dari saya yang menulis
jawapan ini. Allahu akbar.!

Sebagai akhirnya,
tahukah anda setara mana besarnya dosa Riba iaitu duit untung yang
diperolehi dari ABB Fund, Winlifund, EAindex, Em-Pay ini?. Saya
nyatakan disini bahawa. 

Imam An-Nawawi rh
berkata : "Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan
ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba
diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah
Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 ) 

BAHAYA DAN KECELAKAAN DARI RIBA

Di sini, saya sertakan
beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya
dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang lebih
bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya.

 

a)Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. 

Ia berdasarkan Firman Allah SWT :

Ertinya : "Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan
tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman,
sekiranya kamu tidal meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan
Allah dan RasulNya"
(Al-Baqarah : 278)

Dalam ayat ini jelas
menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk
meninggalkan ‘saki baki’ riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka
ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.
Ayat ini menyebut ‘saki baki’, menunjukkan bahawa barangsiapa yang
ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia
berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara
seratus peratus.

Saya sering terfikir,
bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam tulen dapat
dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup dikelilingi
‘virus’ Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi membayangkan
peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi setiap
individu dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini. 

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT"  (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366) 

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan"  (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : "Telah ku
membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku
dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam
mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami’ Li Ahkam
Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ) 

Berkata Imam Qatadah rh : " Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72 )

 

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan. 

Allah SWT berfirman :

Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 ) 

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia
: Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba
adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari
pemiliknya  kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa
dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia
mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab
ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan
diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada
rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta
yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang
terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf
al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 ,
1/224).  Sabda Nabi SAW dari Ibn  Mas’ud r.a :- 

Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 ) 

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

c) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri 

Dosa individu terlibat
dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri, saya
kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran
kejelasannya. 

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina. 

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Satu
dirham Riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia
mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (
Musnad
Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam
Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm
103 )

Hadis ini bukanlah untuk
merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya dosa riba.
Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada
isu ini.

e) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar 

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari
dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci
dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Jika kumpulan dalil ini
masih tidak mampu menyedarkan anda dari keuntungan dunia yang
sementara, Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala yang kita
lakukan. Justeru, saya tiada sebarang komen lagi. 

Saya ucap tahniah bagi
sesiapa yang mampu membaca satu persatu tulisan ini ke tahap ini. Ini
bermakna anda sememangnya masih mempunyai iman di hati dan masih
berfikir tentang urusan halal haram. Kini ilmu telah ada, maka tindakan
sahaja yang diperlukan. 

Akhirnya, cukuplah
sekadar ini huraian ringkas saya, samada pembaca dan peserta semua dana
pelaburan Riba ini ingin berhenti atau tidak, itu terpulanglah kepada
empunya diri masing-masing. Tugas saya secara sukarela yang saya
jalankan hanyalah mendedahkan kebenaran yang tidak dapat lagi
disembunyikan. 

Saya juga pasti ramai
yang ingin berhenti tetapi tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan
keuntungan yang masuk, bagaimana ingin mendapatkan kembali modal,
haruskah untuk mendapatkannya kembali dan pelabagi lagi bermain di
kepala. InshaAllah saya akan cuba menulis dalam artikel lain. Kerana
tidak mahu memanjangkan lain artikel ini. 

Sekian 

Ust Zaharuddin Abd Rahman 

http://www.zaharuddin.net/ 

29 Muharram 1428 H 

17 Februari 2007

Trend menyerang ulamak ( Berkenaan Pandangan Mufti Perak dalam Isu Liberalisme dan Pluralisme)

June 15th, 2006 by heeroes

Satu
ketika dahulu saya masih ingat ketika seorang pemimpin PAS yang
berstatus ulamak mengeluarkan pandangannya, kalangan pimpinan Umno dan
kerajaan ketika itu mendakwa dalam Malaysia cuma Mufti sahaja yang
dibenarkan memberi atau membuat fatwa.

Seolah-olah menunjukkan
pada kita bagi kerajaan dan Umno, Mufti lah authority ataupun institusi
yang berwibawa mengeluarkan pandangan berhubung perkara-perkara
melibatkan agama dalam negara.

Hari ini kita lihat perakuan itu sudah tidak dipakai lagi.

Ini ekoran sebuah majlis Muzakarah Ulamak 2006 yang diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini. Muzakarah bertemakan Pemurnian Islam Dari Liberalisme Dan Pluralisme
yang dihadiri oleh lebih 180 orang peserta itu kini dikecam oleh banyak
pihak termasuk kalangan para Menteri kabinet dan yang bukan Islam.

Muzakarah yang diresmikan oleh Raja Muda Perak itu telah menyaksikan pembentangan tiga kertas kerja iaitu:

Pemurnian Islam Dari Liberalisme dan Pluralisme oleh Mufti Perak

Menangani Implikasi Fahaman Pluralisme Agama oleh Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha dari UIAM

Sumber
Liberalisasi Pemikiran Islam: Kes Al-Quran oleh Ustaz Adnin Armas M.A.
dari Institute for The Study of Islamic Thought and Civilization

Muzakarah
tersebut telah membuat rumusan ataupun resolusi yang antaranya
termasuklah meminta umat Islam agar prihatin terhadap fahaman
pluralisme dan liberalisme yang dianggap sebagai mengancam akidah umat
Islam.

Lanjutan dari itulah maka Mufti Perak selaku tuan rumah memohon agar pihak kerajaan MENGKAJI SEMULA perayaan KONGSIRAYA yang diadakan demi memelihara aqidah umat Islam.

Kalau
saya tak silap Mufti Perak itu tidak meminta diharamkan KONGSI RAYA
(beliau pernah meminta diharamkan KONSERT SUREHEBOH tapi tak
dipedulikan pun) Cuma minta dikaji semula. Malah mengikut kenyataan TPM
Najib Tun Razak memorandum dari Muzakarah tersebut pun belum
diterimanya lagi, tiba-tiba pihak-pihak tertentu mengeluarkan kenyataan
menyerang Mufti dan para peserta Muzakarah itu.

Akhbar THE STAR
sehingga sanggup mengambil inisiatif menganjurkan undian samada
pembacanya menyokong ataupun tidak pandangan Mufti itu sehingga
digembar-gemburkan di akhbarnya hari ini bahawa 88 peratus pembacanya
menentang pandangan Mufti itu!

TV3 pula semalam menyiarkan
pandangan tokoh liberal Dr Chandra Muzaffar yang menolak pandangan
Mufti itu. Sedih seorang intelek setaraf beliau boleh mengeluarkan
kenyataan tanpa pun melihat resolusi yang diluluskan oleh Muzakarah itu.

Kemudian
seorang penulis (Melayu/Islan) dalam akhbar THE STAR telah bertindak
lebih proaktif lagi sehingga membuat andaian terhadap apa yang
dinayatakan oleh Mufti itu, dari beberapa kerat kenyataan beliau telah
menokok-tambah sehingga berjaya mencetuskan kemarahan rakyat terhadap
institusi Mufti.

Dalam artikelnya Is our faith that fragile, Rose Ismail menulis:

WHY should attending a Kongsi Raya celebration make me a murtad (apostate)? 

Sadly,
his comment does not reflect well on Muslims. It seems to suggest that
our faith in God is so fundamentally fragile that, on the slightest
pretext, we can be persuaded to jump ship

Saya sendiri
masih menunggu-nunggu kenyataan penuh dari Mufti Perak itu, tetapi saya
pasti ramai dikalangan kita telah melompat sebelum pun disuruh berbuat
demikian. Kita ghairah mengeluarkan pandangan biar pun yang melibatkan
bab agama sedangkan belum tentu kita adalah ahlinya.

Tanpa kita
sedari inilah contoh perangkap liberalisme yang mahu diketengahkan oleh
muzakarah ini. Liberalisme yang dimaksudkan adalah kebebasan semua
pihak menyatakan berkenaan dengan Islam seolah ianya setaraf dengan
ideologi ciptaan manusia. Bahana liberalisme seumpama ini termasuklah
menuntut agar al Quran diberi penfasiran semula kerana kononnya tafsir
tradisional yang ada sebagai literal dan tidak mengambil kira konteks

Islam Liberal jenis ini mahu Islam diacu menurut peredaran zaman dan bukannya zaman yang diacu menurut Islam.

Kemudian
ditokok pula dengan pluralisme. Pluralisme yang dimaksudkan adalah
semua agama adalah sama dan setaraf. Maknanya bukan saja perlu ada
kepelbagaian anutan agama, tetapi semua agama adalah setaraf dan perlu
dilayan sama. Bukan itu saja, sikap pluralisme juga menuntut supaya
dalam Islam, wajar dibenarkan lahir pelbagai fahaman dan tidak
tertakluk kepada pengiktirafan institusi-institusi agama atau ulama.

KONGSIRAYA
yang timbul dalam isu ini bagi saya sekadar melahirkan kebimbangan para
peserta Muzakarah. Iaitu dalam hal merayakan perayaan agama lain.

Harus
diingat ada diantara perayaan di Malaysia tidak melibatkan keagamaan
contohnya Tahun Baru Cina. Mungkin yang dimaksudkan itu adalah perayaan
Krismas dan Deepavali contohnya, perlu ada garispanduan, kerana
bukankah tugas para ulamak adalah untuk mengawasi dan memelihara aqidah
umat Islam.

Inilah yang saya percaya mahu diutarakan oleh Mufti
Perak itu tetapi belum pun sempat beliau membuat penjelasan beliau
telah diserang oleh semua pihak.

Dan saya melihat trend
menyerang dan memperlekeh serta merendah-rendahkan institusi ulamak dan
Islam itui sendiri semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Umno
selaku tunggak perwakilan Melayu/Islam dalam kerajaan bukan sekadar
tidak mampu berbuat apa-apa malah kalangan pimpinan mereka pun turut
sama menghamburkan serangan sebagaimana puak-puak jahil yang lain.

source : Roslan SMS

IsU :: Nikah Misyar, Syara’ & Adat

June 2nd, 2006 by heeroes

qalyubi writes "Masalah
nikah Misyar hangat diperbincangkan oleh masyarakat Malaysia hari ini.
Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra berhubungkait dengan isu
ini.Saya ingin mengajak para pembaca untuk meneliti pandangan ulama
Islam berhubung dengan masalah ini. Berikut adalah terjemahan kepada
fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Darul Iftak Al-Misriyyah (Majlis
fatwa Mesir) daripada teks asal dalam bahasa Arab yang diambil daripada
web islamonline.net.

Terjemahan :
Segala puji bagi Allah swt tuhan pencipta sekalian alam.
Bagi
menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap)
sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Syara’.


Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1.Wujudnya kerelaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.

2.Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.
3.Adanya wali bagi pihak isteri.
4.Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.
5.Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika
lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka
perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagi mana
perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini
sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang
berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan
oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk
suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak
tersebut adalah harus di sisi syara’ sepertimana yang dilakukan oleh
Sayyidah Sau’dah R.A. Beliau telah menghadiahkan hari yang sepatutnya
Rasulullah saw bermalam di rumah beliau kepada Saiyyidah Aisyah R.A

Pendapat daripada Fadhilah Al-Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Bekas Mufti Mesir)

Perkahwinan
di dalam Islam adalah di antara hubungan kemanusiaan dan sosial yang
paling suci yang dijaga oleh Islam malahan Islam turut menyuruh untuk
diambil segala jalan yang boleh memudahkan perkahwinan di kalangan
manusia, lelaki dan wanita bahkan syarak turut meminta untuk menjaga
perkahwinan dengan mewujudkan satu perjanjian yang kukuh yang
menjelaskan hak-hak dan kewajipan rumahtangga dan kekeluargaan yang
diberkati dengan kalimah Allah.

Perkahwinan adalah dituntut berdasarkan nas Al-Quran melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Nur ayat 32:

Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:

Dan
di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda
yang orang-orang yang berfikir.

Rasulullah saw juga bersabda dengan kalamnya yang mulia:

“ Perkahwinan itu adalah sunnahku. Barangsiapa yang berpaling daripada sunnahku maka bukanlah mereka daripada golonganku.”

Melalui
perkahwinan, berlakulah perlaksanaan Syariat Islam yang dikehendaki
oleh Allah bagi kepentingan manusia menelusuri firman Allah Taala yang
bermaksud:

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (Al Baqarah ayat 30)

Melalui
perlaksanaan Syariat Islam, ibadah akan sempurna yang kesempurnaan
ibadah itu adalah dituntut dan diperintahkan oleh Allah melalui
firmannya yang bermaksud:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian
dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan
kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada
sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang
tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Al Zhariat
ayat 56 hingga 58)

Perkahwinan yang memenuhi tujuan yang baik
dan mulia ini adalah perkahwinan yang sah di sisi syara’ yang memenuhi
rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang digariskan oleh syarak
yang diperintahkan oleh Allah dan rasulNya di dalam Al-Quran dan
Al-Sunnah di samping turut disepakati oleh ulama Islam di setiap zaman.
Ini kerana rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnyalah yang akan
membezakan antara akad nikah yang menepati syarak dan akad nikah yang
diharamkan oleh Islam. Rukun serta syarat nikah ini yang akan menjadi
pembeza yang berterusan sehingga hari kiamat.

Sehubungan dengan
itu, pihak Dar al-Ifta’ (Majlis Fatwa Kerajaan Mesir) berpandangan
bahawa nikah Misyar seandainya ia memenuhi syarat-syarat dan
rukun-rukun ini iaitu: keredaan yang sempurna daripada pihak suami dan
isteri, lafaz akad nikah yang mengandungi maksud perkahwinan yang
berterusan, wali daripada pihak pengantin wanita, saksi-saksi yang
memenuhi kriteria yang penuh sebagai seorang saksi yang sempurna dan
pengisytiharan perkahwinan tersebut dengan cara yang pelbagai maka
perkahwinan tersebut adalah perkahwianan yang sah di sisi syara’ dengan
kita tidak lagi perlu memandang kepada apa sahaja jenis istilah yang
diberikan kepada nama perkahwinan itu selama mana perkahwinan itu tidak
diterhadkan kepada tempoh tertentu.

Keharusan nikah ini atas sebab-sebab berikut:

1.Sesungguhnya
Allah SWT telah menjadikan risalah Nabi Muhammad SAW ini sebagai
penutup segala risalah dan Allah swt telah menurunkan al-Quran sebagai
penunjuk kepada kesejahteraan seluruh umat sehingga waktu di mana Allah
akan mewarisi bumi ini dan insan yang berada di dalamnya (hari kiamat).
Oleh itu, tidak ada satupun perkara yang berlaku dalam kehidupan
manusia melainkan manusia akan mendapati penyelesaiannya di dalam kitab
kepada risalah Nabi Muhammad SAW (Al-Quran). Allah berfirman:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini (Al An`am ayat 38)

Istilah
Misyar akan kita dapati sekiranyanya kita meneliti secara terperinci di
dalam sejarah-sejarah para ulama terdahulu dan sekarang. Sesiapa yang
meneliti sejarah pengembaraan umat Islam terdahulu, dia akan mendapati
bahawa terdapat di kalangan generasi terdahulu insan-insan yang
mengembara keluar daripada tanah air demi menuntut ilmu atau berniaga.
Jika mereka singgah di sesuatu negara di tengah perjalanan maka mereka
akan menetap di situ dalam beberapa masa tertentu, lama atau sekejap
seterusnya berkahwin dengan penduduk negeri tersebut dan dikurniakan
zuriat kemudian mereka menyambung kembali perjalanan mereka dengan
meninggalkan isteri sama ada dengan jalan talak atau sebagainya dalam
keadaan isterinya rela dengan perkara tersebut.

2.Di sana hanya
ada satu jalan sahaja tanpa ada jalan yang kedua yang membenarkan
kepuasan seks dapat disalurkan. Jalan ini ialah perkahwinan yang
menepati syarak. Oleh itu, selain daripada perkahwinan yang sah di sisi
syarak, maka ia adalah dilarang oleh syariat-syariat Allah dalam semua
agama malahan syariat-syariat Allah Taala menganggap jalan selain
perkahwinan adalah jalan-jalan yang mungkar. Al-Quran telah menerangkan
perkara ini di dalam firman Allah Taala :

Dan mereka yang
menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya
maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang
mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang
melampaui batas (Al-Mukminun ayat 5-7)

Syariat Islamiah telahpun
menerangkan bahawa perkahwinan yang menepati Islam sahaja yang dapat
mengumpulkan antara lelaki dan wanita dengan kalimat Allah di atas akad
yang berterusan dan perjanjian yang kukuh. Oleh itu setiap kehendak
yang jauh daripada perkahwinan yang menepati syarak adalah satu
penderhakaan terhadap Allah dan satu pelampauan batas terhadap garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3.Seseorang isteri itu
mempunyai hak di sisi syariat untuk menggugurkan hak-hak mereka yang
sepatutnya mereka perolehi seperti memohon nafkah, tempat tinggal dan
pembahagian malam untuk bersama dengan suami bagi isteri yang bermadu.
Perkara ini secara jelas telah ditunjukkan oleh isteri Rasulullah SAW
iaitu Sayyidah Saudah yang secara rela telah memberikan hari yang
sepatutnya Rasulullah SAW bersama dengannya kepada Saiyyidah Aisyah
r.a. Seandainya kerelaan ini tidak menepati syarak maka pasti
Rasulullah akan tidak bersetuju dengan tindakan Sayyidah Saudah.

Oleh
itu setiap syarat yang dibuat yang tidak menafikan tujuan asas dan
maksud utama bagi perkahwinan, maka syarat tersebut adalah sah dan
tidak akan sama sekali mencacatkan akad nikah atau membatalkannya.

Dar
al-Ifta’ (Majlis Fatwa Mesir) tidaklah bermaksud melalui fatwa ini
untuk menyuruh masyarakat memilih jalan perkahwinan sebegini. Namun
begitu, pihak Dar al-Ifta’ hanya bertanggungjawab untuk
bersungguh-sungguh menerangkan hukum-hukum syarak yang betul dengan
bersumberkan sumber-sumber hukum daripada Al-Quran dan sunnah baginda
Rasulullah saw serta pendapat para ulama muktabar daripada mazhab
terdahulu.

http://www.syie2u.blogspot.com

"

Peringatan Semula: Bodohnya Bangsa Melayu

January 20th, 2006 by heeroes

Dihantar Oleh : AdukaTaruna

"Berdesingkah
telinga kita mendengar perkataan seumpama begini? Tapi itulah
hakikatnya. Sudah banyak kali kita mendengar Melayu otak beku, malas,
bodoh, zalim dan seumpamanya. Mari kita tinjau apa yang berlaku
sebenarnya.

"MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa?
Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan
Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa
yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud
sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling
kenal-mengenali.

Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan
oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan
Parsi. Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.

Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN
kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan
mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini
amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika
bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI,
mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu
adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia,
Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh
dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman
ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan)
itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak
Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai
musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga
adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka
memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga
mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup"
yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah
bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana
ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan
sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh,
hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang
Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina
bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai
ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.

Bagaimana Parsi? Kepada adik-adik, bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan
bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan
boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa
kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka
mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS
yang hebat.

Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut
saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan
mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak
kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan
bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu.
Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi
bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya
sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan
"kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak
mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian,
bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini,
berkait rapat dengan iklim. Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim,
perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau)
dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun)
mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang
mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.

Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini
adalah senjata Nueklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai
kemampuan (samaada berani atau penghasilan) untuk memilikinya.

Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian
memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia. Sejarah
telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust,
pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan,
peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya
supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang
selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab,
Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah
ketakwaan. Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita
cintai pun boleh, asal bertakwa.

Sekarang kita masuk MELAYU. LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita
diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah
pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak?
Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan
orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan. Hari ini, saat
ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia
melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BODOH SOMBONG. Tetap
menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun
diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah
tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit
lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai
MELAYU!………..

Tapi……. Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BODOH SOMBONG.
(termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang
gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana
kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap
musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?

Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya
bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu
dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan
A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu
kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Bodoh, Bangang,
Angguk-angguk, geleng-geleng. Itulah wajah sultan MELAYU. Dari
negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai.
Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini.
Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air
atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen.
Terus tak melawan lagi. Berbeza dengan pahlawan dari pantai timur yang
menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan
jasadnya digantung. Alfatihah untuk pejuang Islam.

Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh
Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan?
Hampir semua cabang sukan diperintah oleh sultan MELAYU. Tak pun oleh
sekular Melayu. Hasilnya? Layu….. Alhamdulillah, masih ada yang
berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, itu
bukan persoalan yang ingin dilontarkan.

Tetapi bangsa itu bermula dari bawah. Ianya semakin bijak dan maju.
Tetapi mengapa bangsa Melayu menongkah arus. Semakin ke belakang? Ini
mempunyai kaitan dengan "Penjana Pemikiran" sesuatu bangsa. Apakah itu
penjana pemikiran. Terlalu banyak. Kita ambil contoh yang paling mudah.
Akhbar. Akhbar adalah salah satu penjana pemikiran pada zaman ini.
Tetapi bebas dan merdekakah akhbar kita? Akhbar bangsa kita
diperkudakan bagi kepentingan kekuasaan Nasionalis MELAYU. Akibatnya?
Maruah kita tidak terbela. Hak kita tidak terbela. Buktinya? Ambil
contoh yang paling terbaru. Sebelum ini berapa ramai banduan kita
(wanita dan lelaki) yang teraniaya? Ada yang mati dalam tahanan reman
(belum terbukti bersalah) Ada yang dibogelkan. Didera. Dikambing
hitamkan demi menutup kes. Pelbagai lagi sepak terajang politik bangsa
Melayu. Tetapi beranikah akhbar selaku penjana pemikiran bangsa melayu
ini bersuara? Sebaliknya
mereka sendiri bekerjasama dengan pengkhianat Islam. Menutup isu.
Mengalihkan isu. Akibatnya bangsa yang sedia ada bodoh ini terus bodoh
bertingkat-tingkat.

Kita lihat akhbar Cina. Walaupun diugut bunuh, dipecat. Tapi mereka
bangga kerana namanya tercatat dalam sejarah sebagai pembela bangsa
mereka sendiri.

Kita pergi ke bukti kedua. Seorang GodFather Johor (ketua kongsi gelap)
di tahan tanpa bicara di simpang renggam. Akhbar mereka menyuarakan kes
ini. Akhirnya pengkhianat melayu tunduk membebaskannya. Bagaimana
dengan akhbar Melayu berkenaan dengan kes ISA? Pedih untuk dihuraikan.

Sebenarnya kita boleh menghentikan ini semua. Bagaimana? Dengan menolak
atau mengurangkan majoriti BN di parlimen. Tidaklah dia menggubal
undang2 sesuka hati. Jika dah totok UMNO, tidak boleh terima hidayah
sekali pun, memadailah dengan menolaknya (UMNO) sekali bagi
meningkatkan CHEK & BALANCE. Tetapi walau apa pun, MELAYU ITU TETAP
BODOH. Dijerit, dibuktikan dituamkan di depan mereka sekali pun, cukup
Melayu memperolehnya dari bapak-bapak mereka, sedangkan bapak-bapak
mereka tidak diberi petunjuk sedikitpun.

Jadi…. Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa
penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali
MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah……!
Peduli apa aku……! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka!
Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu
hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa
membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan
Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya….. Melayu itu tetap layu.
Tunggulah kehancuran….nya wahai Melayu. Ianya semakin menampakkan
dirinya……"

Ahhh… BODOHNYA BANGSA MELAYU.."

source : Tranungkite.net

Sains bukti sembelihan Islam kaedah terbaik

January 11th, 2006 by heeroes

Gotong_rorong_korban
"Dipetik dari Berita Harian  Isnin 09.01.2006

Umat Islam akan menyambut Aidiladha esok ketika masyarakat bukan Islam
di Barat terus mempersoalkan mengapa Islam membenarkan perbuatan kejam
dan ganas terhadap haiwan.

Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan
menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak
berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama
ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka
menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka
bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan
kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan
haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.

Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi,
dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan
yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati
ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu
sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman,
Jakim).

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa
disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara
selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi
memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat
mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah
Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah
terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan
segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar
mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau
kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih
berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas
haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan
kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat
pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan
haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan
tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor
haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan
(CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan
electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan
jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah
CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika
disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama
seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang
kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak
sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam
dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada
saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan
menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan
itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan
sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit
pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena
kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan
banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak
selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan
oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada
penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti
Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan,
kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu
diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan
tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang
adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit
lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria
serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40
peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika
Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati
daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih
menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan
tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah
Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu
sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa
belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan
benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas
bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang
menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih.
Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih,
bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr
Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak
wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang
akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan,
kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat
leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.

“Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak
menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging.
Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan
ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai
perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya
menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan
kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti
kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Kenapa sifat orang melayu begini???

December 29th, 2005 by heeroes

oleh : nisasolehah

"Orang
Melayu masih lagi bersifat lembab dan tidak bersungguh2. Tidak seperti
orang Cina. Mereka pantas dan bersungguh2. Mungkin ada yang tidak
bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Betul, saya tidak maksudkan
semua tetapi itulah lumrahnya sifat yang ada pada orang2 melayu yang
saya maksudkan dalam apa jua bidang.

Mengapa saya kata demikian? Saya sendiri yang mengalaminya.
Bukan saya tidak yakin dan bukan saya tidak mahu memberi peluang kepada
peniaga atau usahawan kaum orang melayu kita. Tetapi mereka sendiri
bersikap acuh tak acuh.

Contoh pertama:

Kelmarin saya ke TMNet untuk mendapatkan maklumat hendak memasangkan
internet ke pc anak saya. Saya diberi satu senarai panjang untuk
mendapatkan khidmat kontraktor yang dilantik oleh TMNet. Sudah tentu
saya pilih orang melayu.

Syarikat Melayu1 mengatakan kontraktornya sudah keluar tetapi akan
balik sebentar. Saya pun tinggalkan pesanan dan no hp saya untuk
dihubungi. Masa tu 10.30 pagi. Hingga pukul 1.00tgh pun tiada
maklumbalas. Selepas pukul 2.00ptg, saya cuba lagi. Kali ni, operator
tu kata dia nampak kontraktor tu dan dah bagi nombor saya. Tetapi saya
masih tidak dihubungi. Jadi saya mintak nombor kontraktor supaya saya
boleh menghubunginya sendiri. Operator tu kata kontraktor tu dah keluar
dan dia pun tidak ada nombor hp kontraktor itu. Sehinggalah pukul
3.00ptg pun tiada maklumbalas.

Selepas menalipon Syarikat Melayu1 tadi, saya cuba Syarikat Melayu2
pula pukul 11.00 pagi. Kali ini operator tu kata dia tak berapa pasti
samaada kontraktor tu masuk kerja atau tidak!!! Sekali lagi, saya
tinggalkan pesanan dan nombor saya untuk dihubungi. Sehinggalah ke
petang tiada maklumbalas.

Pukul 4.00ptg, saya cuba Syarikat Cina. Jawapannya sungguh melegakan.
Dengan pantas Wong kata dia boleh datang hari itu juga pukul 5.00 ptg.
Dan tentunya semalam, tepat 5.00 ptg, Wong berada di depan rumah saya
sebagaimana dijanji.


Contoh kedua:

Di kedai menjual alat2 kereta, kami di layan oleh seorang lelaki
melayu. Suami saya mintakan sesuatu benda untuk keretanya. Lelaki itu
suruh kami menunggu sementara ia pergi mendapatkan benda itu. Selepas
15 minit ia muncul dengan benda yang salah. Sekali lagi suami saya
menerangkan dan ia pun bergegas seolah2 untuk mendapatkan benda itu.
Hampir setengah jam kami mengelilingi kedai itu dan tiada bayang
langsung lelaki itu. Suami saya kemudian pergi ke budak cina dan ia
terus membawa kami ke ruang yang mempamerkan barang2 itu. Dalam 5
minit, barang itu siap dibungkus untuk dibayar!!


Contoh ketiga:

Saya ke kedai runcit melayu untuk membuat 10 salinan naskhah buku.
Setelah budak perempuan melayu itu melihat buku itu, ia kata boleh buat
dan suruh saya datang pukul 2ptg untuk mengambilnya. Pukul 2.30ptg saya
pun ke kedai untuk mengambil salinan2 buku itu. Dia suruh saya tunggu
sebentar kerana hendak membuat ‘binding’. Bila dah siap, saya pun
membelek2 salinan2 yang dibuatnya. Alangkah terperanjat bila dilihat
dalamnya senget2 dan separuh bahagian tepi muka surat tidak tercetak;
seolah muka surat itu terlipat. Kerja2 ‘photocopy’ yang dibuatnya
sungguh selekeh sekali dan tidak kemas. Bahkan salinan2 itu tidak
‘complete’ dengan teksnya.

Bila saya menyuarakan saya tidak puas hati, kerana teks2 dalam buku2
salinan tadi tiada kelihatan dan tidak lengkap, budak perempuan melayu
tadi kata memang susah hendak di’photostatkan’. Sedangkan buku asal
yang saya berikan, sudah ia tanggalkan kulitnya daripada isi dalam.

Saya mengadukan perkara ini kepada ‘cashier’ yang merupakan makciknya
dan makciknya pun kata kerja itu terlalu rumit. Saya menyoal budak
perempuan itu mengapa ia kata tidak ada masaalah dan boleh siap jam
2.00 ptg. Jika ia mengakui dengan jujur kerja itu tidak boleh dibuat,
tentu sekali saya tidak meneruskannya. Saya diminta membayar jugak
dengan harga sepenuhnya.

Oleh kerana tidak mahu memanjangkan cerita, saya bayar dan bersumpah tidak akan masuk ke kedainya lagi.

Kerana tidak puas hati dengan salinan2 buku tadi, saya terus ke kedai
runcit cina sebelah yang juga ada ‘photostat machine’. Tepat pukul
6.00ptg saya pergi ke kedai cina itu. Semua salinan2 buku itu siap
dengan ‘binding’ dengan begitu kemas dan rapi yang amat memuaskan.

Begitulah pengalaman2 yang saya melalui dengan peniaga2 melayu kita.
Pun begitu, saya masih tidak berdendam. Siapa lagi nak tolong orang
melayu kalau orang melayu sendiri tak tolong kaumnya. Tetapi kalau
orang melayu kita bersifat sedemikian, sudah tentu semua orang akan
mencari kedai atau kontraktor lain.

Kepada pembaca berbangsa melayu yang terlibat dalam perniagaan, saya
hanya ingin meluahkan dan berkongsi beberapa pengalaman perit saya.
Saya juga pernah tertipu dalam jumlah wang ringgit yang besar oleh kaum
peniaga melayu. Saya pasti saya bukan seorang.

Sehingga saat ini, saya masih tertanya2 mengapa orang2 melayu masih
tidak boleh menandingi kaum2 lain walhal pekerjaan itu serupa dan
setaraf jika dibandingkan. Saya teringat, dalam perbualan saya dengan
kaum2 peniaga cina yang saya berhubung, mereka amat mengutamakan
kejujuran dan kesungguhan.

Mungkin inilah menjadi rahsia kejayaan kaum cina!
"

source: Tranungkite.net

GUBRA sambungan SEPET?

December 27th, 2005 by heeroes

68354364_6ba0d7f4c1_1

Sambil aku duduk belek2 lam friendster ni aku terjumpa satu poster yang menarik perhatian aku, poster GUBRA, sebuah filem Yasmin Ahmad yang akan ditayangkan dipawagam pada tahun 2006. mula-mulanya aku fikirkan filem ini adalah filem terbaru, idea terbaru, jalan cerita dan pelakon baru laa tetapi apabila aku tengok trailer dia .. barula aku tau filem ini adalah sambungan daripada filem SEPET.

Gubra_1
Sebenarnya bagi aku, aku bukan laa suka sangat filem ni dan aku pun tidak laa pula aku ingin mengatakan filem ini filem ’sampah’ tapi realitinya filem ini mmg kurang bermoral mengikut kaca mata akhlak sebagai seorang muslim. aku memuji Yasmin Ahmad mewujudkan satu idea dan cara baru dalam pembikinan filem di tanahair kita ini. Penggunaan kamera HD yang berkualiti dan murah sekurang-kurangnya menampakan perubahan yang baik berbanding filem-filem melayu yang lain. Selain itu, Pelakon-pelakon dalam filem ini mmg sangat ‘real’ dan tidak nampak dibuat-buat. Penggunaan kamera dalam sesetengah babak dalam filem ini juga sangat kreatif. Aku tertarik dengan babak kawan boyfrend orkid (aku lupa laa nama dia..) adegan kejar mengejar ngan geng-geng samseng (mungkin kongsi gelap kot ntah aku tak pasti)  sehingga dada aku berdebar2 melihat aksi tersebut.. (tak tau laa mungkin org lain tak rasa kot..). Tetapi yang aku kecewanya filem ini ada menunjukkan babak-babak yang tak sepatutnya kita paparkan di dalam filem. contoh babak Harith Iskandar dan Ida Nerina yang berkemban. Saya betul-betul benci dengan babak berkemban tu. Kalau betul-betul nak menunjukkan ‘real’nya filem ni takkan la sampai nak tunjukkan babak-babak orang berkemban(scene harith iskandar terlondeh kain takde kat wayang tapi ade lam VCD). Janganla matlamat nak realkan lagi filem terpaksa menghalalkan cara-cara yang tidak patut.. (Apa yang aku tuliskan ini bukan ditujukan kepada Filem SEPET sahaja). Selain itu, penggunaan kamera statik mmg cukup membosankan.. babak yang paling nak mengantuk nak tido sekali adalah babak di mana watak Jason ( adik aku cakap…)  borak2 lam telefon ngan membe dia yang duk baring atas lantai. Komen keseluruhan cerita ini, idea baru, lakonan real, kamera statik yang membosankan,scene kemban yang naik menyampah aku nak tgk. komen aku dah tengok citer ni.. hmm bosan walaupun bagus. mengikut pandangan aku, filem GUBRA mesti akan mengikut jejak yang sama seperti filem SEPET pasal filem SEPET mmg dah byk dah menang anugerah so.. dan aku pasti.. adegan-adegan yang tidak senonoh seperti dalam filem SEPET akan berulang dalam filem GUBRA nanti …

Yay… blogger aku yang ‘pertama’, pasal yang lain aku tak jalan laa..

December 24th, 2005 by heeroes

Assalamualaikum… salam sejahtera.. akhirnya berjaya gak aku mengadakan blogger akus endiri dalam friendster nih… hahaha kelakar lak rasenya pasal… dari dulu aku nak register tak bleh2.. aku pun tak tau laa. .kenape… tapi lupakan dulu semua tuh kerana saya ingin mengalukan kedatangan korang seme… masuk lam blog nih… dan satu lagi blog ini adalah untuk org yang faham bahase melayu je… so korang yg tak pandai bahase melayu belajo laa.. dulu ok…. ahhaahaha ok chalo dulu… wassalam…