GUBRA sambungan SEPET?
Sambil aku duduk belek2 lam friendster ni aku terjumpa satu poster yang menarik perhatian aku, poster GUBRA, sebuah filem Yasmin Ahmad yang akan ditayangkan dipawagam pada tahun 2006. mula-mulanya aku fikirkan filem ini adalah filem terbaru, idea terbaru, jalan cerita dan pelakon baru laa tetapi apabila aku tengok trailer dia .. barula aku tau filem ini adalah sambungan daripada filem SEPET.

Sebenarnya bagi aku, aku bukan laa suka sangat filem ni dan aku pun tidak laa pula aku ingin mengatakan filem ini filem ’sampah’ tapi realitinya filem ini mmg kurang bermoral mengikut kaca mata akhlak sebagai seorang muslim. aku memuji Yasmin Ahmad mewujudkan satu idea dan cara baru dalam pembikinan filem di tanahair kita ini. Penggunaan kamera HD yang berkualiti dan murah sekurang-kurangnya menampakan perubahan yang baik berbanding filem-filem melayu yang lain. Selain itu, Pelakon-pelakon dalam filem ini mmg sangat ‘real’ dan tidak nampak dibuat-buat. Penggunaan kamera dalam sesetengah babak dalam filem ini juga sangat kreatif. Aku tertarik dengan babak kawan boyfrend orkid (aku lupa laa nama dia..) adegan kejar mengejar ngan geng-geng samseng (mungkin kongsi gelap kot ntah aku tak pasti) sehingga dada aku berdebar2 melihat aksi tersebut.. (tak tau laa mungkin org lain tak rasa kot..). Tetapi yang aku kecewanya filem ini ada menunjukkan babak-babak yang tak sepatutnya kita paparkan di dalam filem. contoh babak Harith Iskandar dan Ida Nerina yang berkemban. Saya betul-betul benci dengan babak berkemban tu. Kalau betul-betul nak menunjukkan ‘real’nya filem ni takkan la sampai nak tunjukkan babak-babak orang berkemban(scene harith iskandar terlondeh kain takde kat wayang tapi ade lam VCD). Janganla matlamat nak realkan lagi filem terpaksa menghalalkan cara-cara yang tidak patut.. (Apa yang aku tuliskan ini bukan ditujukan kepada Filem SEPET sahaja). Selain itu, penggunaan kamera statik mmg cukup membosankan.. babak yang paling nak mengantuk nak tido sekali adalah babak di mana watak Jason ( adik aku cakap…) borak2 lam telefon ngan membe dia yang duk baring atas lantai. Komen keseluruhan cerita ini, idea baru, lakonan real, kamera statik yang membosankan,scene kemban yang naik menyampah aku nak tgk. komen aku dah tengok citer ni.. hmm bosan walaupun bagus. mengikut pandangan aku, filem GUBRA mesti akan mengikut jejak yang sama seperti filem SEPET pasal filem SEPET mmg dah byk dah menang anugerah so.. dan aku pasti.. adegan-adegan yang tidak senonoh seperti dalam filem SEPET akan berulang dalam filem GUBRA nanti …

December 27th, 2005 at 7:37 pm
aku suka sepet dan gubra !! scene berkemban dan peluk2 atas katil antara harith dan ida paling best !!
malaysia boleh !! semoga negara islam hadhari ini membenarkan perkara lebih hebat dari itu lagi dipaparkan dalam indie movie..bravo