Trend menyerang ulamak ( Berkenaan Pandangan Mufti Perak dalam Isu Liberalisme dan Pluralisme)

Satu
ketika dahulu saya masih ingat ketika seorang pemimpin PAS yang
berstatus ulamak mengeluarkan pandangannya, kalangan pimpinan Umno dan
kerajaan ketika itu mendakwa dalam Malaysia cuma Mufti sahaja yang
dibenarkan memberi atau membuat fatwa.

Seolah-olah menunjukkan
pada kita bagi kerajaan dan Umno, Mufti lah authority ataupun institusi
yang berwibawa mengeluarkan pandangan berhubung perkara-perkara
melibatkan agama dalam negara.

Hari ini kita lihat perakuan itu sudah tidak dipakai lagi.

Ini ekoran sebuah majlis Muzakarah Ulamak 2006 yang diadakan di Ipoh, Perak baru-baru ini. Muzakarah bertemakan Pemurnian Islam Dari Liberalisme Dan Pluralisme
yang dihadiri oleh lebih 180 orang peserta itu kini dikecam oleh banyak
pihak termasuk kalangan para Menteri kabinet dan yang bukan Islam.

Muzakarah yang diresmikan oleh Raja Muda Perak itu telah menyaksikan pembentangan tiga kertas kerja iaitu:

Pemurnian Islam Dari Liberalisme dan Pluralisme oleh Mufti Perak

Menangani Implikasi Fahaman Pluralisme Agama oleh Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha dari UIAM

Sumber
Liberalisasi Pemikiran Islam: Kes Al-Quran oleh Ustaz Adnin Armas M.A.
dari Institute for The Study of Islamic Thought and Civilization

Muzakarah
tersebut telah membuat rumusan ataupun resolusi yang antaranya
termasuklah meminta umat Islam agar prihatin terhadap fahaman
pluralisme dan liberalisme yang dianggap sebagai mengancam akidah umat
Islam.

Lanjutan dari itulah maka Mufti Perak selaku tuan rumah memohon agar pihak kerajaan MENGKAJI SEMULA perayaan KONGSIRAYA yang diadakan demi memelihara aqidah umat Islam.

Kalau
saya tak silap Mufti Perak itu tidak meminta diharamkan KONGSI RAYA
(beliau pernah meminta diharamkan KONSERT SUREHEBOH tapi tak
dipedulikan pun) Cuma minta dikaji semula. Malah mengikut kenyataan TPM
Najib Tun Razak memorandum dari Muzakarah tersebut pun belum
diterimanya lagi, tiba-tiba pihak-pihak tertentu mengeluarkan kenyataan
menyerang Mufti dan para peserta Muzakarah itu.

Akhbar THE STAR
sehingga sanggup mengambil inisiatif menganjurkan undian samada
pembacanya menyokong ataupun tidak pandangan Mufti itu sehingga
digembar-gemburkan di akhbarnya hari ini bahawa 88 peratus pembacanya
menentang pandangan Mufti itu!

TV3 pula semalam menyiarkan
pandangan tokoh liberal Dr Chandra Muzaffar yang menolak pandangan
Mufti itu. Sedih seorang intelek setaraf beliau boleh mengeluarkan
kenyataan tanpa pun melihat resolusi yang diluluskan oleh Muzakarah itu.

Kemudian
seorang penulis (Melayu/Islan) dalam akhbar THE STAR telah bertindak
lebih proaktif lagi sehingga membuat andaian terhadap apa yang
dinayatakan oleh Mufti itu, dari beberapa kerat kenyataan beliau telah
menokok-tambah sehingga berjaya mencetuskan kemarahan rakyat terhadap
institusi Mufti.

Dalam artikelnya Is our faith that fragile, Rose Ismail menulis:

WHY should attending a Kongsi Raya celebration make me a murtad (apostate)? 

Sadly,
his comment does not reflect well on Muslims. It seems to suggest that
our faith in God is so fundamentally fragile that, on the slightest
pretext, we can be persuaded to jump ship

Saya sendiri
masih menunggu-nunggu kenyataan penuh dari Mufti Perak itu, tetapi saya
pasti ramai dikalangan kita telah melompat sebelum pun disuruh berbuat
demikian. Kita ghairah mengeluarkan pandangan biar pun yang melibatkan
bab agama sedangkan belum tentu kita adalah ahlinya.

Tanpa kita
sedari inilah contoh perangkap liberalisme yang mahu diketengahkan oleh
muzakarah ini. Liberalisme yang dimaksudkan adalah kebebasan semua
pihak menyatakan berkenaan dengan Islam seolah ianya setaraf dengan
ideologi ciptaan manusia. Bahana liberalisme seumpama ini termasuklah
menuntut agar al Quran diberi penfasiran semula kerana kononnya tafsir
tradisional yang ada sebagai literal dan tidak mengambil kira konteks

Islam Liberal jenis ini mahu Islam diacu menurut peredaran zaman dan bukannya zaman yang diacu menurut Islam.

Kemudian
ditokok pula dengan pluralisme. Pluralisme yang dimaksudkan adalah
semua agama adalah sama dan setaraf. Maknanya bukan saja perlu ada
kepelbagaian anutan agama, tetapi semua agama adalah setaraf dan perlu
dilayan sama. Bukan itu saja, sikap pluralisme juga menuntut supaya
dalam Islam, wajar dibenarkan lahir pelbagai fahaman dan tidak
tertakluk kepada pengiktirafan institusi-institusi agama atau ulama.

KONGSIRAYA
yang timbul dalam isu ini bagi saya sekadar melahirkan kebimbangan para
peserta Muzakarah. Iaitu dalam hal merayakan perayaan agama lain.

Harus
diingat ada diantara perayaan di Malaysia tidak melibatkan keagamaan
contohnya Tahun Baru Cina. Mungkin yang dimaksudkan itu adalah perayaan
Krismas dan Deepavali contohnya, perlu ada garispanduan, kerana
bukankah tugas para ulamak adalah untuk mengawasi dan memelihara aqidah
umat Islam.

Inilah yang saya percaya mahu diutarakan oleh Mufti
Perak itu tetapi belum pun sempat beliau membuat penjelasan beliau
telah diserang oleh semua pihak.

Dan saya melihat trend
menyerang dan memperlekeh serta merendah-rendahkan institusi ulamak dan
Islam itui sendiri semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Umno
selaku tunggak perwakilan Melayu/Islam dalam kerajaan bukan sekadar
tidak mampu berbuat apa-apa malah kalangan pimpinan mereka pun turut
sama menghamburkan serangan sebagaimana puak-puak jahil yang lain.

source : Roslan SMS

Leave a Reply